my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Lepas ribut...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Mungkin ramai teman2 yang dah update status tentang cuaca malam dan pagi tadi. Sekitar KK hujan ribut mungkin sebelum pukul 3 pagi. Pb bangun pukul 4.30 pagi sembahyang isyak sebab malam tadi tertidur awal. Lepas beri salam, terus gelap rumah ni......

Meraba2 cari lampu emergency dan lampu picit. Cari lilin yang memang dah tersedia sebab hari tu dah kena sekali, 3 atau 4 pagi takde karen. Kali ni paling lama, hingga jam 10.30 pagi baru ada letrik. Susah hati juga dengan peti ais tu, banyak ikan baru beli.

Sepanjang jalan ketika hantar anak, kami saja round KK untuk lihat keadaan jalan. Dah macam Majlis Perbandaran pulak. Sedangkan pak polisi pun takde lagi kat jalanraya, traffik light semua tak berfungsi. Pagar2 sekitar kawasan airport dan tempat2 yang dalam pembinaan, semuanya rebah ke bumi.

Jalan yang biasa kami lalui sekitar sekolah anak pun tak boleh lalu. Semua pokok tumbang dan ada yang menghempap bus stop. Hubby singgah kat Seven Eleven beli top up Salamfone, budak yang kerja tu kata dia takut pagi tadi sebab pintu kedai terbuka, tertutup sendiri ditiup angin. Pb sendiri bangun pagi pun tak boleh buka pintu depan sebab habuk masuk dalam mata.

sebahagian pokok yang tumbang, yang ni tak menghalang jalanraya.....

 banyak yang tumbang sepanjang jalan.....

ketika ini belum pukul 7 pagi, kami lalu......nasib baik tiada kemalangan dihempap pokok, cuma ada satu di kawasan taman perumahan kami, langgar buntut kereta kat traffik light......polis traffic tak bangun lagi agaknya...hehe...hubby kata masih berselimut!

nota pb: Pak polisi jangan marah ye!!

9 ulasan:

  1. salam. akak. canteknya KK. terinngin nak pegi lagi. :)

    BalasPadam
  2. salam. akak. canteknya KK. terinngin nak pegi lagi. :)

    BalasPadam
  3. Seramnya dgr ribut2 nie. Eii...eh, awak duduk KK rupanya. T klu ade rezeki sy dtg sana, awak ley jdk tourist guide tak?

    =p

    BalasPadam
  4. Salam zana. Lama betul KC tak pegi KK. Last pegi 3 tahun lepas. Karambunai is soo beautiful

    BalasPadam
  5. salam, tadi on d way nak balik dgr KK kena ribut akibat ribut yg sama di Filipina. alhamdulilah akak tak terlibat sama.

    BalasPadam
  6. Cik Jannah...cantik ke? boleh la utk release tension.

    BalasPadam
  7. Mommy Fara...kecik tapak tgn, stadium Likas saya tadah, boleh apa salahnya kalau plan awal2.

    BalasPadam
  8. kakchik...oh ye? ala..sama je keadaannya cuma beza kat area dpn Parkson ada perubahan bangunan baru.

    BalasPadam
  9. Cengkih, wslm...alhamdulillah, risau juga akak.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)