my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Farmbrozen Kenari (aduhai....)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pb jumpa cookies ni masa jalan rumah E-na (Japan) terus berkenan. Adunan pun macam senang nak buat, bahan tak banyak. Tapi........pb rasa ini kali pertama dan terakhir membuatnya. Tak sanggup den.......menunggu bakar biskut ni, punyalah lama. Naik letih dibuatnya, ditinggal kang.......hangus pulak..

Oh ye, ingat nak update pasal pergi makan2 kat restoran Senario di area One Borneo hari tu. Tapi pb rasa takde orang yang berminat nak tau, siapalah kita ni kan? Kalau blogger popular, mesti ramai yang terjah. Pb nak bagi hadiah pun takde orang nak join, nak buat macam mana, simpan je la hadiah tu atau bagi kat sape2 yang nak kahwin nanti.

Resipi ni pb copy paste je dari blog E-na, takpe kan?  Rasanya E-na tak kisah.......dah ramai yang buat cookies ni, bukan E-na saja, ada lagi pb tengok kat blog kawan2.


FARMBROZEN KENARI
Lapisan Base (cookies)
Bahan-bahan:
  • 140 gram tepung gandum di ayak.
  • 25 gram gula castor
  • 90gram butter
  • Loyang 4 segi 18cm (pb guna loyang utk pizza, habis bongkar almari, takde size 4 segi kecil)

Cara-cara:

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang atau putih.
  2. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh.
  3. Sapu sedikit butter/ marjerin pada dasar dan sekeliling loyang dan alas cooking sheet pada dasar loyang.
  4. Masukkan doh ke dalam loyang dan canai dengan roller kecil atau tekan-tekan dengan jari untuk meratakan doh memenuhi dasar loyang.
  5. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
  6. Keluarkan dari oven setelah masak. Sejukkan. Rujuk gambar 1.
  7. Seterusnya buat lapisan topping sementara menunggu  lapisan base /cookies sejuk.

Lapisan Topping
Bahan-bahan:
  • 60 gram putih telur (~ 2biji putih telur)
  • 40 gram gula aising
  • 1 sudu kecil tepung jagung.
  • Blueberry jem / strawberry jem secukupnya. (pb ganti jem kiwi)
  • 25-30 gram gajus
  • sedikit fresh blueberry / dried blueberry

Cara-cara:
  1. Satukan putih telur, gula aising dan tepung jagung. Putar dengan high speed sehingga adunan likat.
  2. Sapukan blueberry jem di atas lapisan base tadi seperti dalam gambar 2.
  3. Kemudian tuang topping ke atas jem tadi dan ratakan seperti gambar 3. 
  4. Tabur kacang gajus dan fresh blueberry seperti gambar 4.
  5. Bakar dengan suhu 90 degree selama 1 1/2 jam. E-na bakar dengan suhu 110 degree selama 1 1/2 jam.
  6. Bila sentuh permukaan topping dah kering (jika belum kering bakar lagi)tutup oven dan biarkan cookies di dalam oven selama 1 1/2 jam lagi supaya topping benar-benar kering.
  7. Potong setelah betul-betul sejuk. Letakkan ke dalam paper cup dan bolehlah dihidangkan.

Guna loyang pizza dan sapuan filling tu guna jem kiwi tapi pb terletak banyak kot, meleleh2 masa nak potong.......seksanya...

Hubby kata, gajus tak rangup, tak best....nyampah la...dah la 1st time buat...

Terkial2 pb potong kuih ni, rapuh sangat. Atau mungkin jem kiwi tu terlalu banyak. Entah bila boleh buat lagi. Kalau buat pun lepas ni, guna acuan tart yang kecil kot.

Terima kasih kepada tuan punya resipi yang asal.

4 ulasan:

  1. mmg pun kak masa membakar topping tu sgttt le lamanya...rasanya perlu tambah *something* spy lebih cepat masak...gajus x ranggup?? e-na guna gajus yg dh sedia utk mkn tu kak...ok je ranggup sedap...jem kiwi akak tu nmpk sedap je , warnanya pun cantik...terliur E-na tgk...

    BalasPadam
  2. Salam, Kak Zana... isk3! Kak, sy pun baca mcm susah jer nak buat frambrozen kenari ni, pulak tu ekna cari loyang cutter kot, baru betul2 menjadi & mudah dipotong. Teringin juga nak mencuba, tapi entahlah bila..

    BalasPadam
  3. Nampak cam sedap...hihihi boleh ambik resepi nie...

    BalasPadam
  4. Hai.. assalamualaikum Kak... Pekabar?

    Oh ada resepi Frambozen versi baru plak ke? Nampak sedap tu.. guna jem kiwi, hijau.. buat dia lebih menyelerakan.. Saya ni nak buat versi yg biasa tu pun rasa bercinta (malas tang nk buat maringue tu).

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)