my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kuih Koci Keledek

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Kuih koci keledek ni pb buat minggu lepas tapi ini versi tanpa daun pisang. Lebih senang, tak pening kepala mana nak tebas daun pisang belakang rumah.

Resipi pb ambil dari buku yang sama (Citarasa Malaysia). Cubalah buat, insyaAllah sedap. Cuma pb buat tak ikut sukatan dalam resipi. Pandai2 sendiri la ye.......

KUIH KOCI KELEDEK

Bahan-bahannya:

600 gm tepung ubi (banyak ni)
1 cwn gula merah
1 cwn gula putih
1 biji kelapa parut
sedikit pewarna hijau (kalau guna keledek putih)
Daun pandan (pb takde, boleh guna paste pandan)
600 gm keledek (pb guna keledek kaler oren)

Cara menyediakan intinya:-
Masak gula merah bersama kelapa parut (1/2 biji saja)
Bila sebati tuangkan sedikit air, secawan gula putih dan daun pandan.
Biarkan mendidih, kacau2 hingga masak. Ketepikan.

Rebus keledek, kupas kulit dan lecek hingga hancur.
Titiskan warna hijau jika guna keledek putih. Pb guna keledek oren, tak perlu letak pewarna.
Masuk tepung ubi dan uli hingga rata.

Ambil segempal adunan keledek dan leperkan.
Masukkan inti kelapa tadi dan tutup semula.
Bentuklah ikut sesuka hati, bujur ke bulat.
Letakkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.

Cara menyediakan kuahnya:-

Sementara kuih dikukus, perah kelapa yang lebih dan ambil patinya.
Jerang atas api dan masukkan daun pandan serta sedikit garam dan satu sudu kecil tepung ubi.
Setelah mendidih, angkat.
Tuangkan kuah atas kuih ketika menghidangkannya.


huhu.....ada sekeping je gambar yang belum di bookmark, ini pun hubby dah hantar ke recycle bin.....susah payah cari balik tau. Bagi pb lebih sedap macam ni, sekali makan mau dua tiga ketol.....hehe....macam buruk lantak je!

10 ulasan:

  1. Kuih koci keledek, kuih koci labu...sy tak suka. Melainkan koci pulut. Tu je kegemaran sy! Hiks~

    BalasPadam
  2. Salam pb...bestnya koci..peberet hubby ni..

    BalasPadam
  3. dah macam badak berendam pun ada, tapi mesti tetap sama rasanya, alahhhhhhhh, teringinlah pulak..

    BalasPadam
  4. Nampak sodap. Tak kusangka kuih koci pun ada yang berkuah. hehe... kat kampung saya tak de jual spesis ni kak. ehehe... bila tgk kuih sedap2 teringat bulan puasa je. ;)

    BalasPadam
  5. Fara...cuba buat sendiri, gerenti sedap..hehe..

    BalasPadam
  6. Liza...wslm, kesukaan hubby juga ni.

    BalasPadam
  7. Sari....haha..buat potuck sekolah pun ok jugak, dtg la sini hari2, konpem teringin tu tertunai.

    BalasPadam
  8. Elih Japahar, kesian...takpe, kalau dtg rmh akak, anytime akak buat.

    BalasPadam
  9. Ijan/blogresipi...kan? teringat bulan pose...akak pun tak pernah mkn sebelum ni spesis mcm ni.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)