my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Sotong Goreng Tepung

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Cerita banyak tak mau, resipi pb copy paste dari Ros Bukan Sekadar Masakan. Dah lama tak beli sotong besar, abe pb tu gatal2 la pulak. Kita masak dia makan jugak, padahal dia kena pantang. Takpe katanya, ubat ada.

Pb buat tak ikut sukatan seperti Ros, iye la.....sikit je nak digorengnya, taknak la membazir. Rangup je bila dikunyah. Terima kasih Ros.

Bahan-bahanya
2 ekor sotong saiz sederhana
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang)
2 sudu kecil serbuk kari ( ni kalau tak nak letak pun takpe)
garam
lada sulah
1 sudu kecil baking powder
Cara-carannya
1. Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, lebih kurang 5 minit ke 8 minit,  step ni penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah.
2.Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.
3.Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. Selamat Mencuba.
- kalau boleh adunan ni diperap selama setengah jam dulu baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan tepung elok lekatnya apabila digoreng nanti.

9 ulasan:

  1. Salam Kak Zana,
    Sotong celup tepung.. kalau pegi kedai tomyam, ni side order kemestian ni. hehe.. dapat sotong segar besau2 syok le. sotong sini frozen, tak rasa sotong dah. :)

    BalasPadam
  2. kat Sabah sotongnya segar2, yg akak buat ni bukan jenis yg panjang tu...

    BalasPadam
  3. K Zana, nurul kalau sotong ni jarang masak kat rumah, tapi kalau pi kedai order tomyam, mesti order gak sotong celup tepung ni... :)

    BalasPadam
  4. Husband suka buat sotong ni..sedap cicah ngan sos

    BalasPadam
  5. Nurul, nape tak masak sendiri? ok jugak main order kan, takyah susah2...

    BalasPadam
  6. Alin Marlini...mmg sedap cicah, akak mkn dgn nasi.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Zana,
    salam kenal juga dari Amie.... terima kasih sudi datang dapur ye, insya-Allah ada rezeki nanti Amie datang Putatan, tahun ini belum bergerak pergi KK lagi....

    BalasPadam
  8. wslm Amie....kunjung mengunjungi amalan mulia..hehe..

    BalasPadam
  9. terlurnyee tgk food pic kat ats ni :p

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)