my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Wajah mu dimana-mana....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pb pasti, teman2 blogger mesti ada kenangan atau tanda ingatan pada seseorang yang kita sayang atau pun tidak. Contohnya, cincin nikah, tanda ikatan kita sebagai suami isteri. Tengok je mesti teringat saat itu, terbayang kisah lalu.

Saat ini pb kerap sangat terbayangkan keluarga, teman2 dan semuanya yang pernah ada dalam hidup pb. Kalau nampak sesuatu yang ada kaitan dengan mereka, pasti pb teringat mereka...huhu....mungkin pb merindui masa lalu......


Mak kata, arwah bapa pb kaki bola. Kat kawasan tinggal mereka dulu, dia top sangat, kecil2 cili padi, kuat lari. Main bola sampai boleh gaduh la......

(foto ehsan google, pinjam ye)

Minuman Oligo ni kesukaan mak mertua pb. Sebelum ni pb tengok dia suka sangat Nescafe tapi sebab nasihat doktor agaknya, jarang dah nampak nescafe dalam almari dia. Suka pulak dengan Oligo ni sekarang. Bila ternampak Oligo, pb teringat dia........mak suka sangat minum ni......




Eh, terselit Jamal pulak? hemm....ni la artis kesayangan adik lelaki pb yang bongsu. Masa dia kecik2 dulu (belum sekolah) lagu Jamal la jadi siulan dia. Kalau balik kampung ramai2, dia kena duduk belakang sekali, tak henti2 mulut dia nyanyi lagu Jamal. Sekarang ni pb tak tau la dia minat lagi ke tak.....



Tengok swimming pool, teringat kat si Irfan, anak saudara pb sebelah hubby. Suka sangat dia mandi manda kat situ. Nasib baik mak dan ayah dia rajin bawa pergi hotel. Sama la dengan anak pb. Rasanya semua budak2 suka kan?



Ikan terubuk ni banyak tulang kan? tapi emak pb suka ikan ni masak asam pedas atau goreng begitu saja. Jiran-jiran dan saudara mara semua tau emak memang hebat masak asam pedas ikan terubuk. Kuahnya boleh dihirup begitu saja, tak pedas sangat. Emak suka masak pekat2. Cuma di Sabah ni pb susah sikit nak nampak ikan terubuk yang segar, kalau masin memang banyak. Bagaimana pun tak nampak, emak tetap dalam doa pb.


Laksa Johor pula kesukaan bapa mertua pb. Kalau pb masak laksa, selalu teringat dia, kesian dia.......nak makan kena tunggu pb balik kampung. Kalau anak perempuan dia ada, rajin juga buat laksa. Walau dia orang Kelantan, selera dia dah campur dengan orang Johor.



Abang ipar pb pula suka sangat ketam. Kalau datang sini, taksah tak masak ketam. Dia memang suka makan2, tak kedekut belanja orang.

Anak bulu pula buat pb teringat kat kakak. Dia suka sangat dengan kucing, berpuluh ekor kat rumah dia tu. Sama juga dengan Along (anak sulong dia), boleh tidor dengan kucing. Kucing2 tu pulak jadi riuh rendah bila nampak Along (mereka semua bermalam dlm sangkar)

Baru2 ni pb call kakak, rupanya dia dalam kesedihan. Si Rocky baru mati kena langgar oleh tuannya sendiri. Terburai perut katanya. Pb pun tumpang sedih sebab pb dah merasa kehilangan.


Buah anggur, longan, buah mata kucing, rambutan adalah kesukaan kucing pb dulu (Tomy) Sekarang dah takde, mati di Kelantan selepas setahun kami di Sabah. Kalau di minta buat pilihan samada ikan atau buah, dia akan pilih buah atau sayur. Ikan langsong tak pandang. Pelik kan? Jarang jumpa kucing suka buah2an.

Dan banyak lagi yang buatkan pb sering terbayang wajah mereka ni. Tak tertulis....teman2, saudara mara, jiran2.....kekal di hati. Tapi....adakah mereka juga sama seperti pb? Harap2 begitulah hendaknya.

Anda pula bagaimana?


nota pb: sebahagian gambar diambil dari blog org lain (mungkin)
kalau ada yg tak puas hati, sila beritahu.

9 ulasan:

  1. Kucing mkn buah? Sgt rare! Hiks~ PB mst rapat sgt dgn diorang. PB tau apa yg diorang suka, kan?

    BalasPadam
  2. zana...nice entri...nak pinjam idea nak buat dkt blog nanti blog dak...tq..:)

    BalasPadam
  3. Fara...tidak la terlalu rapat, cuma bila jumpa tu mmg banyak yg dikongsi.

    BalasPadam
  4. kadang2 pun teringat macam ni jugak

    BalasPadam
  5. Betullah, K zana... Kadang tu bila nampak sesuatu benda, teringat kat seseorang... ader kisah disebaliknya yang buat wajahmu di mana2 tu... :)

    BalasPadam
  6. Pb ingat diorg, InsyaALLAH diorg ingat kat PB gak.... :)

    BalasPadam
  7. Assallamualaikum kak zana..
    Kak, mmg kadang2 dlm kehidupan kita seharian, bnyk benda or perkara yg boleh mengingatkan kita pada seseorang..

    BalasPadam
  8. @Naz / Nadz COSK:wslm Naz...beginilah kalau hidup berjauhan dgn famili..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)