Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"
Ahad 19 Feb, 2012.
Ketika pb disatukan dengan suami dulu, pb hanya ada dua orang sahabat yang menemani saat suka dan duka itu. Tiada teman lain disamping pb kerana pb tidak bersedia untuk berkongsi kegembiraan lebih-lebih lagi ketika airmata menitis kepipi kerana hal tertentu.
Kawan inilah teman pb bermasam muka, bertekak, berkecil hati, berkongsi makan dan minum. Berkongsi rahsia peribadi yang tersimpan kemas dalam lipatan kenangan. Ketika kami menyambut ulangtahun perkahwinan, dia terbang ke Sabah untuk bertugas jadi ini peluang keemasan untuk kami bersua muka.
Oldtown White Coffee menjadi saksi....ewah...mcm bercinta pula...(hubby aku kalau ambik gambar main belasah je).Sempat la bawa dia ke Gaya Street, itu pun separuh jalan je sebab hotel dia menginap dah dekat situ. Pb pun takde beli yang special untuk dia sebab......faham2 je la.....belum gaji. Tapi ada juga buah tangan sebagai kenangan. Harap Ila suka.
nota pb: ralat, tulisan pb tentang IKAN SULING, sebenarnya silap. bukan SULING tapi SULIK.
setelah kami siasat dan dengar betul2 sebutannya dari kawan2 dan tokeh ikan, harap maaf.
seronok jumpa rakan lama kan zana.agak2 apalah topik yg di bualkan tu..
BalasPadamWahhh! Jejak kawan lama la kak! Syoklah klu jumpe. Mst byk benda nak cite...
BalasPadamjejak kasih yer kak...hehe..saya pun da kawan2 yang lama benar x jumpa...rinduuuu...:)
BalasPadam@kakyon:
BalasPadamBest sgt.....mcm2 gosip keluar.
@Pok Amai-Amai:
BalasPadamHaha....x cukup la fara, mau seminggu cite baru abis.
@adarnadzmie:
BalasPadamCuba la cari di fb....