my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ulangtahun kami

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Ahad 19hb Februari, ulangtahun kami yang ke.......

Hidup kami tidaklah mewah, tak macam Siti Nurhaliza, sambut ulangtahun diluar negara.
Rumah kami rumah teres biasa, takde banglo.
Kereta kami buatan Malaysia, bukan kereta import yang jenamanya gah seluruh dunia.
Kami makan di restoran yang biasa-biasa, bukan hotel atau restoran lima bintang.
Baju kami beli di pasar malam atau bila ada sale murah.

Hubby ku tak kacak dan gagah macam Malek Nor atau Adi Putra.
Rupa ku pun tak semulus dan segebu Ziana Zain yang mampu cucuk kolagen.
Anak ku cuma seorang, tak macam keluarga orang lain yang riuh rendah.
Kami kenduri dulu2 pun tak semeriah orang sekarang.

Tetapi.....
Kami bahagia, alhamdulillah......tidak menyusahkan sesiapa selama perkahwinan kami.
Dan kami berterima kasih pada mereka2 yang senantiasa mendoakan kebahagiaan rumahtangga kami terutama sekali ibu ku, keluarga ku dan keluarga suami ku.

Moga ikatan ini berkekalan hingga akhir hayat kami...




8 ulasan:

  1. alhamdullilah, ayu mendoakan agar panjang jodoh zana dan en suami hingga akhir hayat..

    bertuah jua ada seorang dari tiada rezeki mcm sahabat diluar sana..

    PS: baju ayu pun cop pasar malam.. hehehhe

    BalasPadam
  2. salam kak zana..
    selamat ari ulangtahun yer
    smg bahagia hingga ke akhir hayat..
    amin...suka baca kata2 akak...beh sgt..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Zana..alaa, terlambat pulak tp nak wish jugak Happy Anniversary buat kedua2nya semoga berbahagia & berkekalan hingga ke akhir hayat.

    Hidup bersederhana itu kan lebih baik & berkat...:))

    BalasPadam
  4. Ya Allah, Engkau berkatilah keluarga empunya blog ini menjadi keluarga sakinah dunia dan akhirat.Amin

    selamat ulang tahun, kak.

    BalasPadam
  5. selamat ulangtahun perkahwinan ye akak..

    semoga terus kekal bahagia bersama suami dan keluarga tercinta di dunia n akhirat..

    bersyukur dgn apa yg ada.. inssyaAllah di akhirat kelak lebih mewah dan bahagia.. =)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)