Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"
Salam sejahtera dipagi Jumaat yang mulia. Sekejapnya masa berlalu, uruskan sekolah hubby dan anak, masak, menggosok, membasuh (takde makan angin ye) dah masuk tengah bulan februari. Tak lama lagi birthday hubby, lepas tu annivesary kami yang ke....... pulak. Lepas tu birthday anak, berderet2 nak menyambutnya. Tapi seperti biasa kami buat simple je, mungkin buat pulut kuning dan doa selamat yang dibaca sendiri oleh hubby. Janji bahagia.
Ok la, panjang pulak mukadimah, takde sape peduli zana oiii......ko celebrate ke tak, bukan artis pun. Ni daging masak petang semalam. Simple je lauk kami.
Daging potong nipis dan perap dengan bawang putih, halia, sos tiram, sedikit garam dan gula merah/melaka.
Goreng dengan minyak yang sedikit, guna api kecil. Biarkan reneh hingga empok.
Masuk 2 sudu besar sos tomato dan serbuk lada hitam.
Tambah sos tiram jika suka.
Potong bawang besar dan cili merah, masukkan ketika daging sudah empok.
Tambah sedikit gula.
Assalamualaikum akak...
BalasPadamTgk daging tu nampak sedap ler akak... Terliur diana tgk.. Makan ngan nasi putih nie sedap nie...
Anak kakak yg kedua suka masak style ini Zana...bubuh lemon sikit masa makan huh.... sedapnya
BalasPadamnak cuba la...tapi ingat nak add black pepper kan hahaha..dah jadi gading sostiram black pepper la pula....
BalasPadam@Diana @ Melley Mey:
BalasPadamwslm D, bertambah2 akk mkn semalam
@Kakzakie:
BalasPadambudak2 mmg suka ni..
@aku budak klang:
BalasPadamtakpe..lagi sedap