my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Koleh Kacang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makalah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halalgi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Pb selalu berangan nak makan kole kacang tau. Kakak pandai buat tapi pb tak belajar dari dia. Hari tu belajar buat kaswi je masa balik semenanjung. Area tempat tinggal pb ni takde orang jual kole kacang. Jadi pb cuba resipi dari kak wan yang meriah dengan pelbagai masakan tu.

Mula2 pb buat tahi minyak dulu, first time buat tahi minyak ni. Kena rajin kacau, kekadang tinggal jugak sebab layan cerita kat tv. 



Kuali pb ni kan, dah berusia lebih 10 tahun. Usia dia lebih dari usia perkahwinan pb. Lebih mengharukan lagi kuali ni pb cilok dirumah emak. Masa tu baru2 kahwin mana ada kuali dalam simpanan. Orang bagi hadiah kuali pun tak sebest kuali ni tau.......mungkin sebab emak yang punya.


Pb guna tepung kacang ni. Ini pun first time beli. Iye la, kalau takde nak buat koleh kacang, takde makna nak beli tepung ni. Sekali guna untuk seloyang koleh kacang berukuran 10 inci.


Tadaaaaa.....cantik tak koleh kacang pb. Masa menggodeh tu, alamak......naik lengoh tangan ni sebab dapur pb tinggi, orangnya pulak 'rendang' je. Kena godeh sampai adunan likat dan nampak berminyak tapi pb tak boleh tahan, agak2 dah nampak kilat je pb pun angkat dan terus masuk dalam loyang yang dah ada minyak lebihan buat tahi minyak tadi.

Terima kasih pada Kak wan dan pb sertakan link disini untuk teman2 yang nakkan resipi ni.
Layari Citarasawan, mudah dan confirm sedap. InsyaAllah.

6 ulasan:

  1. boleh cuba jugak ni..klau bulan puasa msti beli kuih ni..

    BalasPadam
  2. salam kak zana...ni peberet liza, tp biasa liza beli jer...skrg ssh nk jumpa kuih ni kan...mintak sepiring,blh...hihihihihi

    BalasPadam
  3. @dZana:
    tu la kan? asyik beli je..kena buat sesekali.

    BalasPadam
  4. @Liza:
    wslm Liza, betul tu, susah nak jumpa lebih2 lg kat Sabah ni...haha...asal kuih je mintak sepiring, knpa tak mintak seloyang? hehe...

    BalasPadam
  5. Assalam zana,
    wah rajinnya zana buat tahi minyak ni..kita pun suka kuih kole2 ni..kalau ada lebih tahi minyak tu boleh dibuat sambal tumis..sedappp..

    BalasPadam
  6. Wslm ayu, boleh ye? Taktau pulak tahi minyak buat sambal.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)