my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Donut kentang Fatmah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Kasi 'bakar' dulu dengan foto kat bawah ni........
dah telan air lior? jom tengok resipi pulak!
*
*
*
*
*
*



Ingat nak publish donut ni semalam lagi (tapi semalam kan WW, hold dulu). Tambahan pula macam2 masalah mendatang, dengan broadband yang lembap (apataknya, belum bayar....hehe), sekarang dah bayar......tak tunggu gaji pun. Memang kena block kejap ler.....

Donut kentang ni bagi pb memang sedap berbanding dengan donut biasa-biasa tu sebab ada rasa kentang. Maklum ler......pb ni memang suka kentang. Kat dapur wajib ada. Cuma anak pb tak berapa suka, katanya kering. Banyak la songeh budak tu......sebenarnya dia nak donut yang ada inti dalamnya. Macam dunkin donut.....dia ingat ibu dia chef ke hape?

Resipi ambik kat rumah IZAH dan ada juga skoding kat rumah DAPURMAS, minta izin copy pas
te ye!

DONUT KENTANG FATMAH
Resipi asal : Fatmah
Bahan :
  • 500 gr tepung terigu protein tinggi (tepung gandum)
  • 50 gr susu bubuk (serbuk)
  • 11 gr ragi instant
  • 200 gr kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
  • 100 gr gula psir
  • 75 gr mentega
  • ½ sdt garam
  • 4 btr kuning telur
  • 100 ml air dingin
Cara membuatnya :
  1. Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan kentang halus ,tuang telur dan air dingin, uli hingga rata dan setengah kalis.
  2. Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.
  3. Mas masukkan semua bahan dalam bm dan setelah siap diuli, Mas rehatkan adunan selama 20 minit.
  4. Bagi adonan  masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
  5. Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
  6. Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.



Pb buat separuh adunan, kang buat banyak, jenuh pula nak mengabiskan. Itu pun separuh pb frozenkan. Donut ni memang sesuai kalau kita nak cepat, takyah tunggu lama2.......yang kelakar tu, pb selak dua tiga kali adunan yang dah dibentuk, macam tu jer tak naik. Susah hati jugak tapi teruskan, alhamdulillah bila dah goreng, elok je naiknya!

Kawan2 yang rajin mencuba resipi, boleh la cuba ye.



16 ulasan:

  1. Baru plan nk buat...

    Tp nmpknya bahan x cukup..huhu

    BalasPadam
  2. salam kak zana...sedap n lembut nmpk donut tu....nnt akk tolong pos 5 ketul yer,Liza tunggu...hihihi

    BalasPadam
  3. kaann.. memang sedap donut ni kan kak. saya dah oter resepi ni mnggunakan pisang dan keledek. tetap mantop kesedapan dan kegebuannya kak. ni kes tertukar pulak, anak2 saya sukee sangat donut ni. maklom la super duper lembut. patahkan aje pun senang je kan.

    BalasPadam
  4. @Liza:
    Wslm liza...sampai sana terus jd lempeng...haha..

    BalasPadam
  5. donut if buh kentang penyek pon sedap kak..buh skit je..
    kak..camno nak dptkan toping coklat yg nmpk yummy tu??

    BalasPadam
  6. Sy tak nah mkn donut kentang. TEringin gak.

    BalasPadam
  7. ooo sy ade coklat serbuk van houtan..if nak guna tu kene campur ape ek? sy penah tgk campur ngan sedikit butter/minyak..tapi bila buaat dia jd ketul2 nape ntah

    BalasPadam
  8. Assallamualaikum kak zana..
    Nak 2 ketul boleh? Gebu namaknya tu kak..Mesti lembut jer..

    BalasPadam
  9. Salam k. zana...
    walaupun ucu tertinggal bas...tapi bau asap donat tu dah menyusuk lubang hidungku ini....:-)

    BalasPadam
  10. @rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~:
    Sori, akak lmbt bls. Rose guna topping coklat masakan je senang. Org kata letak butter tu nak bg dia nmpk cantik, berkilat.

    BalasPadam
  11. @Pok Amai-Amai:
    Cubalah buat fara, gerenti nak buat lagi.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)