my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Beri peluang kedua

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Salam Maulidurrasul....

Pb pasti kawan2 semua terutama kaum ibu menghadapi masalah seperti pb. Botol air. Setiap awal tahun baru mesti ada belikan anak2 botol air mereka untuk bekal kesekolah kan? Begitu juga pb dan suami. Botol air dah puluh2 botol beli dari harga belas2 ringgit hingga ke harga paling murah. Dari usia 4 tahun sekolah hinggalah sekarang, tak terkira banyaknya. Semuanya hilang, tertinggal, kawan ambil, botol pecah, penyedut patah le......geram betul la.

Baru2 ni beli awal tahun, pun pecah bawah botol katanya kawan yang minum terhempas kelantai. Pb ganti pula dengan botol kami yang biasa bawa dalam kereta, pun tinggal juga. Sudahnya pb yang naik angin ni dah tak larat nak rotan ke, nak marah ke......cuma urut dada....sabo je la. Hubby kata, nak buat macam mana? itu semua perkara biasa bagi budak2 sekolah rendah. Kata dia yang sebagai guru, dia pernah kumpul botol air dalam satu plastik besar, simpan disekolah kalau2 ada yang datang cari, tapi takde siapa yang tuntut. Nama pun budak2.......tak apa la, kita beri peluang kat dia. Mungkin dia lupa, cuai, kelam kabut atau belum matang lagi. Bagi dia, botol air tu tak berharga sangat.

Satu lagi perkara pb nak kongsi disini dalam soal 'beri peluang kedua' ni tentang sikap manusia seperti kita. Mudah benar menghukum seseorang yang dulunya jahat, buruk perangai. Bila orang tu dah berubah sedikit demi sedikit pun masih tak boleh terima. Seolah2 kita tak pernah buat silap. Perkara ni berlaku dalam kehidupan teman2 hubby. Dia selalu di perli kerana baik dengan seorang guru yang dulunya tak disukai oleh semua orang. Tapi hubby tak sampai hati nak pulaukan dia. Rasa kasih sebagai seorang kawan dan sesama Islam yang buatkan dia selalu beri nasihat pada kawannya tu supaya berubah. Tunjukkan pada orang lain yang dia juga boleh jadi seorang yang berguna, lebih2 lagi sebagai guru.

Tapi menyedihkan bila hubby selalu di perli, di ketawakan dan jadi bahan umpatan (mungkin) Dia kecewa dan marah namun tetap pekakkan telinga, pb takut kesabaran itu tidak ada hadnya. Mereka tidak terfikirkah seandainya dalam keluarga mereka ada spesis seperti yang mereka gelakkan tu? Apa tindakan mereka? Adakah biarkan saja orang memijak, menghina, mentertawakan saudara sendiri?

Lu fikirlah sendiri........

8 ulasan:

  1. salam maulidur rasul kak zana...liza setuju tu, kadang2 bila kita diam, org akan pijak kepala kita, dah namanya manusia kan...sabo je la...

    BalasPadam
  2. Salam kenal dan salam maulidur rasul. Tadi nampak kat umah kak ita singgah sat katsini. Baru2 ni ada family day kat opis, semua game yang saya masuk dapat no 2, jadi semua hadianya sama botol air. hehehe

    Ini semua dugaan daripadaNya. memang susah nak buat baik, tapi nak buat jahat senang je

    BalasPadam
  3. semua orang pastinya ada lakukan kesilapan...


    apa salahnya kita saling memaafkan....

    tapi..tindakan memulaukan tu, boleh nampak, lebih negatif..

    takpela kak,
    Allah maha mengetahui...kita buat apa yang memnang pada jalannya....

    BalasPadam
  4. Salam Maulidur Rasul buat akak sekeluarga.mcm-mcm sikap manusia ni kan kak..sabar jer la kak yer.

    BalasPadam
  5. @Liza:
    Wslm liza, apa lg boleh kita buat, sabo je...

    BalasPadam
  6. @Kak Sam:
    Slm kenal juga n terima kasih sudi follow akk. Iyelah....dugaan kecil je ni.

    BalasPadam
  7. @Aine Ainun:
    Susah berada sisekeliling org yg berfikiran negatif, semua yg kita buat dipandang serong.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)