Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"
Salam sejahtera, biasa dengar 'belebat'? Kalau tak silap pb, orang Johor panggil belebat ni lepat pisang. Lama tak guna belebat sejak meninggalkan tanah tumpah darah ku ini. Sekarang lidah dah kaku nak sebut belebat, asyik lepat....lepat.....
Petang semalam, pb paksa hubby ambik daun pisang belakang rumah. Dengan kain pelikat, dia pun bawak parang, tebas sehelai daun je. Aik? cukup ke ni? Pb buat cukup2 daun je, lebih tu buat lempeng.
Resipi takyah berjela la ye. Senang je, tumbuk pisang tu (kopek buang kulit), masukkan gula putih atau gula melaka, masukkan tepung gandum. Pb letak santan sedikit. Boleh juga susu cair, taknak letak pun boleh. Ada orang campur dengan tepung sagu sikit kan? Kacau2 sebati, dah siap. Bab bungkus daun pisang tu, pandai2 korang la ye........pb dulu pun terkial2, sampai koyak daun pisang. Taknak koyak, layukan dulu daun pisang kat api. Kemudian kukus beberapa minit.
Saje buat lembik sikit, biar terasa pisangnya. Kalau kat tempat pb ni jangan harap la nak jumpa lepat pisang yang sedap, lazat dan 5 bintang. Melainkan kita buat sendiri. Bukan nak kata orang sini tak pandai buat kuih, tapi memang betul, susah nak jumpa yang memuaskan hati.
Sebelum ni pb pernah beli karipap agak sedap jugak la kat pasar tamu. Kita orang dah mark gerai tu, asal pergi je mesti cari dia. Tapi sekarang ni dah lain pula jadinya, keras kejong....tah hape-hape...
Buh kepala tengah2 tak? Mak saya dulu letak tau. Buh garam supaya masin2 sikit. sedapnya..
BalasPadamtak pernah tahu pulak akak ni org negeri mana..hihih...kalau kelantan memang panggil belebat! aduh....sedapnya belebat pisang...kat sabah ni xde jumpa pulak org buat kuih2 mcm ni...kene buat sendiri baru boleh merasa..
BalasPadam