my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ikan suling? sedaaaaap!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Orang Sabah kata, ikan ni, ikan suling. Entah kenapa diberi nama tu, jangan tanya pb la ye. Tokeh ikan tu yang kata. Hubby memang baik dengan beberapa orang penjual ikan. Maklum la, dia mengajar di pulau dan majoriti penduduknya nelayan.

Ikan ni tidaklah mahal sangat. Kira mampu beli. Boleh dikatakan setiap kali kepasar KK, kami akan cari ikan ni. Bila tak ada musim, susah nak jumpa. Mula2 dulu rasa pelik tengok rupanya tapi bila dah rasa......ermmm....hari2 nak makan.



Kalau sedang2 sedap digoreng, garamkan dengan kunyit hidup. Lebih sedap dibelah2kan ikan tu, barulah meresap kedalam rasanya. Aaah....takkan cara garam kunyit ikan pun nak tunjuk, kan? Macam la orang tak reti, saje pb nak bagitau. Dulu2 pun pb tak reti goreng ikan, tengok orang kelar ikan tu, tertanya2 kenapa agaknya.

Ikan suling ni digoreng begitu saja pun sodap, makan dengan nasi panas......errr...piring lama pb tu jangan ler perati sangat ye! Dah nampak retak seribu. Sesuai letak kat muzium.


Masak sambal pun ok juga. Seekor untuk masak sambal, seekor goreng gitu je untuk sibujang kecik. Cukuplah lauk untuk hari ni, dipadankan dengan tomyam dan sambal belacan.

Akhir2 ni selalu ada blogger yang tersilap panggil kakzana, kenapa eh? Takpe, tak marah pun, lucu ada la.....biasalah kalau tersilap kan? Sibuk dengan memasak, anak2, layan suami lagi......lepas tu nak update blog, tu yang terkonpius agaknya.....hehe....

nota pb: pb tak jawab komen ye, nanti pb pegi blog dan jawab kat sana....terima kasih sudi jengah sini.

7 ulasan:

  1. saya baru lps mkn, tapi bila tgk ikan grg dan sambal akak ni terus lapar blk..hahahhahaha... :p!

    BalasPadam
  2. Ampun Kak Zana....terlalu byk blogwalking..tulah jadinya..hehehehe

    Ikan Suling?cam ikan talapia je kak

    BalasPadam
  3. sambal ikan buat akk selera nk mkn..

    BalasPadam
  4. macam ikan merah pun ada...serupa gerut pun ada....kena cari kat pasar ni

    BalasPadam
  5. wah..sambal ikan..sdpnya..kt rumah hari2 masak ikn goreng je..hehe

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)