my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Nasi dagang dan ayam gulai kawah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Selamat berhari minggu teman2 sekalian. Sarapan apa dan dimana? Kedai mamak? Pb tak pergi makan tosei hari ni sebab hubby dah cakap awal2 semalam nak makan nasi dagang. Jadi, seawal pagi (5 pagi) pb dah bangun masak ayam gulai kawah. Beras dah rendam dari malam.

Resipi kali ni pb ambil dari alma@myresipi, terima kasih ye. Cuma pb ubah suai sikit. Lauk ayam tu pun pb guna rempah gulai kawah (orang kelantan mesti tau). Pb copy paste resipinya di sini.

NASI DAGANG, AYAM GULAI KAWAH
resipi asal : alma

  • --->Bhn nasi dagang<---
  • ½ kg beras nasi dagang
  • 1 genggam beras pulut
  • 3 ulas bwg merah + 2 ulas bwg putih + 1.5 inci halia + 1btg serai(semua dihiris nipis & kecil2)
  • ¾ cawan pati santan
  • 2sdk halba (fenugreek)- yg ni pb takde
  • (serai dititik saja)

  • --->Bhn gulai ayam masak darat<---
  • ½ ekor ayam (potong ikut saiz disukai)
  • 2 sdb rempah/awas darat- pb taktau rempah ni macam mana, pb guna rempah gulai kawah
  • 2sdb kerisik (fried grated coconut)
  • * 6-7 ulas bwg kecil
  • * 3-5 ulas bwg putih
  • * 1 – 1.5inci kunyit hidup (turmeric)
  • * 1 – 2 inci lengkuas (galangal)- takde jugak
  • :: semua bhn2 * ditumbuk/kisar halus ::
  • 1½ sdb (atau lebih) cili kering kisar (atau pun cili kering dikisar sekali dgn bhn2 di atas).
  • 1sdk biji ketumbar (coriander -disangai sekejap kemudian ditumbuk halus).
  • Santan kelapa (utk kuah, airnya agak2 supaya ayam semua terendam dalamnya)
  • Cili muda dan/atau merah (belah dua) 
  • (pb tambah asam keping)
  • --->Bhn sambal kelapa (atau dipanggil sambal “nyo”)<---
  • Kelapa parut dalam ½ - ¾ cwn
  • 2 ulas bwg merah + 1 ulas bwg putih + ½ inci halia + 1 batang serai (semua dihiris nipis2).
  • Sedikit manisan(ganti gula melaka jika tiada) & garam 
  • (yang ni pb tak buat sebab dah ada serunding ikan tempohari)

Cara-cara

  1. --->Cara masak nasi dagang<---
  2. Rendam beras nasi dagang + beras pulut semalaman.
  3. Kukus beras hingga empuk/masak (Tiap kali masak lupa nak setkan masa, mgkn dlm 40minit kut).
  4. Bila dah ready, bawa keluar dr kukusan, letak nasi dagang tu dalam mangkuk besar.
  5. Arun beras dgn santan, dan bhn2 hiris serta halba. Siap arun, masukkan balik dalam kukusan, kemudian kukus semula dalam 10-15min. Bila siap kukus, angkat dan letak dalam mangkuk.

  1. --->Cara masak gulai darat ayam<---
  2. Dalam periuk/kuali, masukkan dulu rempah/awas darat, bhn2 kisar bertanda *, serbuk cili dan serbuk ketumbar, serta campurkan 3sudu besar santan. 
  3. Kemudian baru nyalakan api dapur, kacau2kan bhn2 dalam kuali/periuk tadi buat beberapa ketika, bila dah bercampur sebati dan agak2 mendidih sekejap baru masukkan santan ke semuanya.
  4. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata. Bila ayam 3/4 masak, tambah kerisik, garam & gula secukupnya. Dan tmbh cili muda, then biar kuahnya memekat sikit dan ayam empuk baru angkat. 

  1. --->Cara buat sambal kelapa<---
  2. Campurkan kelapa & bhn2 hirisan dlm kuali dan gorengkan tnpa minyak. Dgn api sederhana, kacau2 tanpa henti buat 2-3min.
  3. Kemudian tambah manisan & garam, rasa utk dptkan rasa sambal tu masin2 manis. Kacau2 buat 1-2min dan angkat.
  4. Bila sambal dah kurang panas sket, kisarkan tp skejap aje, jgn smpai halus.

 Ni la nasi dagang kita yang dah siap. Letakkan timun jepun dan serunding ikan.



Makan dengan BUDU yang pb masakkan dahulu, tumis dengan cili kering, bawang dan cili hidup. Tambahkan sikit gula serta air biasa. Titikkan serai sebatang (ni mak mertua ajar). Hubby suka sangat sebab semenjak kahwin, ni kali pertama pb hidangkan budu macam ni. Biasa dia makan gitu je. Anak bujang pb pun ikut macam ayahnya, siap siram kat nasi putih tu.......


 Baru angkat dari kukusan......




Ayam gulai kawah ni pb tambahkan kentang 2 biji dipotong empat. Masak dengan api kecil, biar ayam betul2 empok dan kuah memekat, pasti jilat jari!!

15 ulasan:

  1. salam K.zana...wuiii!awai pagi akak dah membuatkn atie lg lapar lar.Rajennya..ni blh sampai mkn tuk tgharikan
    Selamat berhari mggu...

    BalasPadam
  2. Salam Kak ZAna...berhari minggu dengan nasik dagang yer...sedapnyer... tp sambal kelapa dan budu tu sama cam nak makan nasi kerabu ye??

    BalasPadam
  3. ya allah kak..sedapnyer..pagi2 akak dah buat errah teliur ngan nasi dagang..mmg feveret i ni..balik kg yg ni cari dulu

    BalasPadam
  4. belum peghonah makan nasi dagang..apatah lagi nak try masak..huhu..

    BalasPadam
  5. @♥♥azatiesayang ♥♥:
    Wslm atie, masak sekali je ni, nak rehat sampai mlm pulak.

    BalasPadam
  6. @Cendana Kasih:
    Wslm CK, budu dan sambal kelapa tu mmg ada org jual kt kelantan begitu, ikut selera masing2.

    BalasPadam
  7. @Errah:
    Akk pun kalau balik kg hubby, nak juga nasi dagang org lain.

    BalasPadam
  8. waduhhhhh kak Zana.. Complete hidangan ni.. Sedapppp!!!!

    BalasPadam
  9. fuuhhh..nampak gulai tu memang ..terasa terpanggil utk makan..gulai..tapi biasa2..yg bergenang lagu tu hanya boleh dapat kat umah saja...kat restoren dan gerai ..payah lah sikit..
    anyway..kalau campor daging kambing..agak2 laa..tentu lagi 'kau'..kan..
    pas makan..relax dan santai kat epi bendang..atau pantai gitu....subhanaALLAH..

    BalasPadam
  10. wah sedapnya...saya suka makan nasi dagang...tapi tak mau masak sendiri...nak yg org lain punya...hehe..

    BalasPadam
  11. Auww! Sedapnye nasi dagang kak! Fav sy nie. Kat KL, pyh nak jumpe nasi dagang yg sedap. Mmm...

    BalasPadam
  12. sedapnya nasi dagang. feveret saya ni.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)