Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"
Walaupun semalam hampir kecewa kerana talam lapis keledek pb 'terbantut' kerana kehabisan gas tapi akhirnya menjadi juga setelah hubby bawa balik gas. Cuma bahagian atas yang kurang menarik, lapisan dah ok. Rasa pun sedap, berketul2 hubby makan semalam petang. Tak tunggu betul2 sejuk pb dah potong.
Resipi masih dari kak wan, boleh tengok SINI, ada tak rupa kuih kak wan? hehe.....sikit lagi nak sama kan?
Pb kongsi kat sini pula....
Kuih Lapis Keledek Ungu
250 gm tepung beras
70 gm tepung ubi
250 gm gula pasir
450 ml santan pekat
450 ml air
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan (pb guna paste pandan)
200 gm keledek ungu, rebus dan lecek
pewarna ungu (pb tak guna ungu, guna merah)
Loyang 8x8 di gris dengan minyak
Cara membuatnya:
1. Satukan tepung beras dan tepung ubi dalam mangkok besar. Ketepikan.
2. Masak santan, air, daun pandan, garam dan gula hingga mendidih. Keluarkan daun pandan.
3. Tuang dalam mangkuk berisi tepung dan kacau dengan cepat hingga sebati.
4. Ambil 300 ml adunan dan masukkan dalam keledek lecek, kisar dengan blender.
5. Satukan dengan adunan tadi, kacau rata dan tapis.
6. Bahagikan 3 bahagian tapi pb bahagi 2 saja.
7. Panaskan pengukus dan ambil 150 ml adunan, tuangkan dalam loyang. Kukus 4 minit.
8. Ulang proses hingga selesai.
9. Untuk lapisan yang terakhir, tutup pengukus dengan aluminium foil atau towel dan kukus selama 25 minit.
Boleh dipotong bila dah sejuk.
* pb tak ikut sangat cara kakwan.
nota pb: selesai tugasan mengabiskan keledek dalam peti, lega...
Cantik juga keledek ungu dijadikan kuih talam sebab ada warna dia tu yg cantik walau ada tambah pewarna...
BalasPadamMakan masa hangat memang sedap:)
sukanya segala kuih talam ni...sedapnya...hehe
BalasPadamwaahh.. dah mjadi talam keledek ni.. msti sedap..
BalasPadam@Kakzakie:
BalasPadamMemang sedap dan cantik pula kalernya..
@adarnadzmie:
BalasPadamAlhamdulillah, sedap.
@dZana:
BalasPadamHehe....mmg pon.
Salam kembali kak zana! mekaseh dtg singgah, waaaaa kuih2 gini mmg peberet kita :D mcm tau tau kita nk dtg ya :D akak sihat? harap2 sihat2 ya semuanyer insyaAllah!
BalasPadamAssalamualaikum kak Zana, wahhh menjadi2 kuih talam keledek ungu tu w/pun terbantut masa memasaknya tp nampak cantik. sy dah copy resepi ni tau, kalau ada jodoh & sampai seru mmg nak buat..maceh yea kak zana cayangggg...
BalasPadamP/s : Lenkali simpan stok 1 tong gas kat rumah...hehehe :))
Salam Kak Zana,
BalasPadamSaya suka ubi keledek biru macam ni. Dah lama tak makan. dulu waktu kecik2 nenek ada tanam. Terasa sedapnya tu :)
@ijayuji:
BalasPadamwslm...alhamdulillah, akak baru lepas demam masa CNY hari tu.
@AZLINA:
BalasPadamwslm Ina, hehe...cukup la satu tong, takde tmpt nk simpan.
@blogresipi.com:
BalasPadamwslm Ijan..