
Walau hujan seharian dikampung, aktiviti membeli belah tetap berjalan lancar. 9 pagi kami bersama mak mertua ke Tesco, beli barang2 dapur yg dah licin. Ikan, ayam, susu, milo dan banyak lagi yg dah takde kat rumah.
Sebelum keluar tadi, risau juga memikirkan banjir, mana la tau.........takut terkandas kat tesco. Tapi alhamdulillah, tiada halangan banjir.

Sambil lepak di food court, sambil makan aiskrim, hujan2 pun bedal aje la...........tapi pilihan ku aiskrim keladi, takde jugak.......waaaa....tensionnya!! Akhirnya suami cadangkan aku merasa aiskrim goreng berperisa keladi. Selama ni aku tak pernah merasa aiskrim goreng. Ohh!! gitu rupanya.................sedap jugak, tapi....alahai, kecik sangat.

Sebenarnya banyak lagi gambar2 yg nak ku tepek di sini tapi tak larat nak tunggu upload foto, lembap betul. Cuaca sejuk2 ni mata mudah mengantuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)