Tadi siang kawan lama ku yang sama2 kerja dulu datang kerumah bersama isteri dan anak2nya. Lama kami tak jumpa sejak aku berhenti kerja tahun 2002. Dah besar anak dia, rupanya anak murid suami ku juga. Isterinya kawan ku juga tapi lain department. Tak berubah mereka ni, masih seperti dulu. Mesra dan sopan santun..............
Kami berbual tentang masa lalu, masa depan dan perkembangan politik serba sedikit. Suami ku pula memang suka kalau cakap pasal politik ni. Tapi tajuk perbualan yang sebenar tentang ubahsuai bilik air rumah ku yang rosak sedikit. Kawan ku ni sejak berhenti kerja, membuat kerja sendiri, mengecat, baiki rumah dan lain-lain.
Sebelum ni suami ku nak buat sendiri mengecat dapur dan dua bilik tapi aku cadangkan suruh kawan ku ini yang buat semua. Tak payah nak penat2kan diri. Nanti di Sabah nak memindahkan barang ke rumah baru, lagi banyak kerja. Kesihatan kena jaga juga. Jadi sebelum berangkat nanti, harap2 dia boleh siapkan kerja. Kalau tak pun, adik ipar ku yang akan ambil alih memantau kerja2 pembaikkan ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)