Rasa nak tercabut segala tulang temulang kami semalam. Pihak pengangkutan datang untuk membungkus barang2 yang perlu dibawa pindah. Sebelum mereka sampai, kami berdua dah selesaikan mana yang patut dibawa. Walaupun rumah kecil, barangnya banyak. Itu pun banyak lagi barang yang kami tak bawa.
Dari tengahari sebelum zohor hingga ke azar baru selesai tugas membungkus dan mengangkat kedalam lori. Dah jadi padang bola rumah kami ni, dengan takde tv, dapur masak pun kena angkut. Selepas asar, kami bergegas ke restoran untuk mengisi perut yang berkeroncong. Kemudian cari heater untuk masak air.
Letih teramat sangat sekarang ni, selsema pula menyerang. Malam tadi adik ipar datang mengambil barang yang kami tak perlu bawa. Karpet, pasu bunga, mug2, buku2 dan sebagainya. Hari Ahad nanti ada lagi sebahagian yang akan diangkat oleh adik ipar ku. Senang sikit nak basuh rumah kalau dah kosong. Sebab rumah kami akan di sewakan pada jiran disini. Ada juga bahgian bilik air yang akan di baiki seperti pintu dan paip air.
Tak sabar rasanya nak selesaikan semua ni.............
Esok pula ada tugasan dirumah kakak. Anak saudara akan bertunang. Aku nak bantu kakak apa yang patut. Mungkin seharian disana. Eloklah pun, kat rumah ni bukan ada apa2 yang nak di masak. Dapat juga tumpang makan kat rumah kakak. Dah jimat sikit.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)