28hb Dis.
Sehingga hari ini kami masih menumpang di rumah mak saudara sepupu suami ku. Penempatan tempat mengajar suami tidak pasti dimana. Jadi, semua rancangan mencari rumah sewa tertangguh.
Dalam pada kami menyesuaikan diri dengan cuaca yang panas di KK ni, sempat juga makcik suami ku membawa kami ke Sutera Harbour. Boleh juga release tension. Budak2 pula seronok mandi manda, tambah Aziz memang suka suasana begini.
Pemandangan yang indah, di kelilingi kapal2 berlabuh dan anak2 ikan yang jelas di air. Sempat berposing sementara menunggu senja. Kedua pakcik dan makcik pula minta di hidangkan air dan makanan ringan di tepi kolam. Terasa seperti aku melihat drama di tv, makan dan minum di tepi kolam renang. Bukan tak pernah mengalami sebelum ini tapi dah lama tak bersantai begini. Kena pulak fikiran tengah berserabut memikirkan dimana kami akan tinggal, rumah sewa, pindah barang lagi, daftar sekolah anak dan macam2 hal.
Oh ye, gambar tak dapat nak upload sekarang ni, masaalah laptop ni kot, sakit hati betul......
Mungkin nanti aku cuba guna pc lagi satu yang masih dalam kontena tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)