Sepeninggalan kami balik kampung tempohari, rupanya hamster Aziz beranak tiga ekor. Eeiii.......gelinya.......badan lembik, tergolek2 dalam sangkar. Risau juga kalau2 ibunya taknak jaga atau dimakan oleh bapanya.
Tapi nasib baik ibu dia sayangkan anaknya. Digonggong kesana kemari. Kesian aku tengok bila ibu dia naik roller yang berpusing ligat tu, dibawa sama anaknya sampai terpelanting kebawah dibuatnya. Seronok juga dalam geli2 tu.........gelihati tengok perangai binatang ni, bila dia menggaru dan membersihkan badan, lucu sangat!!
Tapi sekarang Kiki dan Hary takde kat rumah. Adik ipar ku pula yang bela. Tadi dia datang dan berkenan pula tengok dua ekor tu. Sedih juga Aziz nak berpisah dengan hamster dia tapi nak buat macam mana. Kalau ada rezeki nanti akan kami ganti yang lain.
Pukul 3 pm tadi kami pergi menonton Cicakman 2 - Black Planet. Ramai orang, hinggakan tempat duduk belakang dah habis. Terpaksa ambil seat depan, baris kedua dari depan. Apa lagi..........mendongak la kita orang............best jugak cerita ni. Tak la seboring menonton Senario tempohari. Paling aku suka watak AC dan Adlin, tapi tak banyak. Ada juga part yang boring.
Kalau bab lawak, Apek memang superb cuma bab sedih kurang 'feel'..........
Cicakman kali ni lain sikit sebab berwatak Islamik. Ada dialog 'assalammualaikum', 'Allahuakbar' dan seumpamanya. Err.....tak tau nak bagi berapa bintang.......4 kot!!
Ingat nak tengok juga Cicakman tapi belum ada masa. Jadi tengok cicak kat rumah ajer!
BalasPadamterima kasih kerana sudi singgah blog buruk saya tu
BalasPadamsaya pun suka-suka je buat blog tu, isi masa lapang
rajin-rajinlah singgah, nanti saya buatkan kopi untuk u ye, hikhikhik
en putera.....jgn tgk je....lastik sekali!!
BalasPadamen syah, saya tak kira buruk ke apa, yg penting saya suka orang yang ada idea menulis dan berani menyuarakan sesuatu perkara tanpa menyinggung perasaan orang lain.
BalasPadam