Dua hari ni kami sibuk mengemas rumah, masukan barang dalam kotak, menyusun dan membuang barang2 yang tidak di perlukan lagi. Kalaulah ada orang datang, berserak gila........nak buat macam mana kan? orang nak pindah...........gitu le...
Rasa sayang pula nak tinggalkan setengah barang yang meninggalkan kenangan pada kami. Dulu rumah ni kosong je, hanya ada tikar, tv kecil dan kipas. Nampaknya selepas pindah ni kami akan hidup seperti dulu semula. Mudah2an semuanya berjalan lancar di sana nanti.
Dalam pada sibuk menguruskan perpindahan kami ni, hati ku tersentuh juga. Rasa macam takde orang kisah pun aku nak pindah dan tiada di depan mata mereka. Jiran sebelah rumah ni aku tak rapat sangat. Kawan2 yang kerja sama dulu, dah lama tak kontek. Cuma seorang je yang aku hubungi tempohari, itu pun belum sempat jumpa.
Entah kenapa kekadang aku rasa seperti merajuk, tapi tak tau dengan siapa aku rajuk. Mungkin ada sorang dua yang buat ku kecil hati tapi aku dah maafkan. Namun jauh di sudut hati ni, tetap terkilan...............orang yg pernah rapat dengan ku dulu tak pernah ambil tahu tentang diri ku sekarang. Mungkin semua orang sibuk dengan tugasan masing2 hingga lupakan aku.
Sedihnya rasa kalau kita takde teman rapat atau kawan karib yang boleh di jadikan tempat mengadu sewaktu susah dan senang. Macam suami ku, dia ada seorang teman rapat dari U lagi hingga sekarang masih berhubung. Waktu kesempitan dan ada masaalah, teman dia ada membantu begitu juga suami ku, cakap je.........kalau diizinkan Allah dia tak pernah menolak untuk membantu. Tapi aku tak jumpa lagi kawan yang sebegitu.............mungkin aku tak sebaik orang lain agaknya. Itu sebab orang pun berat hati nak buat ku sebagai teman rapat...........atau aku yang keberatan nak rapat2 dengan orang lain kerana aku susah nak percayakan orang. Pengalaman lepas mengajar ku agar berhati2 dalam persahabatan. Ada kawan yang rapat dengan ku semata2 kerana 'wang' atau sebab2 tertentu.
Apa-apa pun aku ada suami yang setia menjadi 'teman' dikala susah dan senang. Alhamdulillah, syukur................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)