my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Jogging dlm suasana kampung....

Nyamannya udara pagi di kawasan kampung............saje ku ajak suami berjogging, sejak balik tempohari hujan tak henti. Dua hari ni ok pulak, maka berjogginglah kami sekitar kampung, melalui kubur, sawah dan ladang getah. Nasib baik jalan kampung bertar, kalau tak.........dah tentu kasut penuh lumpur........
Sebelum pergi, sempat ku sambar kamera ku. Suami kata aku 'gila berposing' tapi bukan aku yg berposing. Tengok dia tu, kat rumah buruk yg ditinggalkan pun dia suruh aku ambil gambar. Seram pun ada...........kalau la ada 'makhluk' yg keluar masa tu, wa cabut dulu.........lu tinggal la sorang!!!


Sebenarnya rumah ni selalu jadi bahan gelak kita orang bila balik dari kubur melalui kawasan ni. Adik2 ipar ku kata nak panggil tv 3 atau seekers datang menyiasat. Sape la tuan punya tanah ni? Tak sayang ke?


Huhu.......sempat posing dgn di kelilingi nyamuk. Sebelum tu aku dah meraung kena gigit pacat........suami kata aku menangis macam nampak hantu!! Lantak la nak kata apa, memang aku takut!


Taliair yg penuh air tempohari dah surut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)