my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tapai pulut mak mertua



Dah beberapa hari nak upload gambar tapai yang mak mertua ku buat tapi tak kesampaian kerana masaalah tertentu. Dia buat tapai ni 2 hari sebelum raya haji. Asyik hujan je, daun pisang belakang rumah pun tak dapat di cantas. Mak kata, kalau nak buat tapai pulut, daun tak boleh di layukan dengan api, kena jemur tengah matahari terik. Macamana nak jemur kalau dah hujan seharian............


Aku cadangkan mak isi tapai tu dalam bekas taufu fa. Lepas ni mak tak payah susah payah pergi tebang daun pisang. Cara ni lebih mudah dan cepat. Kalau guna daun, nak kena cari lidi, nak kerat daun pisang, berserak satu rumah.


Mak mertua ku memang cekap buat tapai pulut. Tak sah kalau raya takde tapai buatan mak mertua. Penat macamana pun, dia mesti nak buat untuk tetamu dan yang penting untuk anak2 dia yang pulang beraya.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)