my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Terkenang.........

Hanya keseronokan yg terpapar di wajahnya, ketika mencari barang2 persekolahan tahun satu 2009 nanti. Budak2 macam tu lah............yg dia tau, barang dia mesti lengkap dan cantik mengikut pandangan mata dia.

Jauh beza dengan zaman ku dulu. Kasut dah ada bermacam2 jenama, tak macam aku, kasut kain je............beg pun bukan jenama 'Ben Ten', 'Spiderman', 'Spongebob' dan banyak lagi. Aku dulu tak tau memilih, asal ada, boleh masuk buku..........dah cukup...

Kekadang rasa teringin nak balik semula seperti zaman kanak2. Teringin nak belajar di tadika, ada orang hantar ke sekolah, belajar komputer dan yang penting sekali nak belajar sampai ke peringkat tertinggi. Namun apakan daya...............jalan hidup yg ku lalui tak semudah budak2 zaman sekarang. Seharusnya mereka bersyukur mendapat segala keperluan dan kemewahan. Selalu ku ingatkan Aziz, kena bersyukur dengan apa yg kita ada dan jangan terlalu banyak meminta, biar hidup sederhana asalkan bahagia...........insyaAllah!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)