Rasa hati tak sabar nak sampai ke KL, nak tengok rumah kami yang lama di tinggalkan. Pilu pun ada kala meninggalkan Tomy di kampung dalam keadaan sakit (muka bengkak, kena gigit binatang kot)
Dalam kereta, bila ku imbas saat bersama Tomy pada suami, Aziz menitiskan air mata kerana terdengar perbualan ku. Kami menangis bersama...........terbayang dan terdengar2 suara Tomy mengiau menyambut kepulangan kami bila membuka pintu rumah.
Dalam perjalanan ke KL, cuaca tidak panas sangat dan hujan pun tidak. Alhamdulillah, tiada halangan yang melintang. Ketika singgah makan di KFC Raub, Pahang.................tak sangka boleh terserempak dengan teman sekolah suami ku, Budiey yang glamor tu!! Mula2 suami beritahu ku, tak percaya, mungkin salah orang. Aku suruh tegur, dia pergi dan memang betul, dia orangnya. Cuma dia dah tak berapa kenal suami ku, katanya berbeza sangat (dah montel berbanding dulu). Sebelum pulang kami bersalaman dan bertukar nombor talipon. Sebenarnya aku cuma nak bersalam dengan bakal isteri dia je tapi bila dia hulur tangan, takkan nak biarkan? Nanti menjatuhkan air muka dia pula.........
Hairan juga memikirkan Budiey tu..........dulu kata suami, ambil course yang tiada kena mengena dengan media massa.
Tiba di lebuhraya MRR2, jalan jem gila..........mata pula makin mengantuk......hari makin gelap. Risau, takut tak sempat magrib di rumah. Tapi akhirnya 7.30 pm sampai dan berkejar solat dulu.
Leganya...............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)