Cuaca terang hari ni, baju yg tak kering dua tiga hari lepas dah boleh di jemur bawah matahari. Alhamdulillah, tak payah hantar baju ke dobi.
Selepas sarapan pagi, aku mula operasi kemas rumah. Tolong kemas bilik adik ipar lelaki, maklum la orang bujang.............tapi vacum pula buat hal, tetiba tak boleh guna.
Lepas masak tengahari, suami mengajak ku keluar mencari sesuatu. Ingat malas nak pergi tapi kena pergi juga, bantuan buah fikiran ku di perlukan kalau mencari barang. Suami ku nak gantikan vacum yg rosak tu, cari yg murah2 je............
Dah jumpa apa yg dikehendaki, kami takde idea nak kemana. Kebetulan kedai yg kami beli vacum tu berdekatan dengan KB Mall, kesanalah pula meronda. Nak beli buku utk adik ipar perempuan yg akan ambil spm tahun depan.
Kalau dah masuk kedai buku, tak sah kalau tak beli. Pilihan ku, dah tentu buku masakan atau kraftangan. Gambar diluar kulit buku menarik perhatian ku tapi bila dah bayar, aku buka dan lihat didalamnya, aku rasa kurang puas hati sebab takde gambar masakan.
Hanya ada resepi.............nak buat macam mana kan? Benda dah bayar, takkan nak pulangkan.............Bagaimanapun banyak resepi di dalamnya dan bagus untuk mereka yg sibuk dan yg suka masakan simple. Tak apa lah..........berguna juga nanti.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)