my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Telekong dan tudung idaman

Cuaca cerah seharian ni, boleh la jemur kain yg dah 2 hari lembab. Selepas masak utk tengahari, suami mengajak ku ke KB. Nak cari tudung dan telekong utk ku. Tak ramai pula hari ni kat KB, sebelum ke MPKB, kami singgah dulu di kedai buku.Buku Kisah Para NABI, Teladan Bagi Orang Berakal..........pilihan suami ku.
Singgah di MPKB, rambang mata ku m elihat tudung. Bukan tak biasa datang sini. Tapi aku tak boleh tengok tudung banyak2, tak tau nak pilih mana satu.
Semuanya cantik2..........tapi aku suka yg simple dan manis. Warna pun tidak terlalu terang, boleh masuk dgn berbagai2 kaler baju.
Aku pilih 2 helai tudung fesyen terbaru dan sehelai yg biasa tapi tetap manis di mata ku. Itu juga pilihan suami ku...........terima kasih 'ayah' sebab selalu 'memberi' drp menerima.....

Telekong ni katanya kain dari Indonesia, warna krim, cantik pada mata ku. Dah lama tak beli telekong lebih2 lagi yg bersulam begini. Malam ni confirm aku sarungkan ke badan mengadap yg MahaEsa. Terima kasih atas segala nikmat Mu............







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)