Walaupun aku tak suka shopping atau masuk bandar yang sibuk macam KL, tapi rasa sayu juga nak meninggalkan tempat yang banyak meninggalkan seribu kenangan.
Teringat waktu remaja dulu, beramai2 kami meredah kota ini dengan berjalan kaki dari sebuah bangunan ke sebuah bangunan. Menonton wayang, lepak di dataran, makan di fast food...........
Bila dah berkerja, masih juga janji dengan kawan2 kalau nak turun KL. Transport tinggal ditempat letak kereta dan kami menaiki komuter. Seronok kalau pergi sesuatu tempat yang jarang kita lalui. Macam2 kerenah kawan2 yang boleh dijadikan bahan cerita atau ketawa bila di ingat kembali.
Teringat waktu tengok konsert rock (lupa kat mana) dengan adik perempuan ku. Masa nak pergi tak fikir langsung nak balik dengan apa. Lepas konsert mula menggagau cari teksi, sampai rumah jam 1 pagi. Tapi dulu-dulu tak risau sangat tentang bahaya kat luar sana. Emak pula sporting, asal bagitau nak kemana, dia ok je.............
Sekarang ni, bila jalan2 tu aku lalui semula, kami akan mengungkit kembali kisah lama. Suami pun ada kisah tersendiri sewaktu menuntut disini. Asal hari minggu je, mula mengukur jalan di KL, sampai malam baru balik.
Itu dulu...........tidak sekarang ni. Aku dan suami kurang minat menempuh kesesakan yang sentiasa menyesakkan dari pagi hingga malam.......
Semua tinggal kenangan yang akan tersemat dihati untuk selamanya....................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)