my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kek Red Velvet

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Sebenarnya pb nak buat kek lain, tapi terbuat kek ni pulak. Dari dulu tengok orang buat, tak teringin pun.......sebab tak dapat bayangkan macamana rasanya tu. Selalu pb layan Cake Boss, hari2 tengok dia mendeco pelbagai kek, siap berangan nak buat macam dalam tv.....hehe....berangan je....

Semalam, lepas hubby pergi sekolah, pb pun meronda la rumah kawan2 blogger. Ramai yang dah buat kek ni dan pb fikir bahan-bahan ada dalam rumah, apa salahnya mencuba, kan? Pb cuba bandingkan resipi setiap blog yang pb jelajah, cari yang mudah. Pb pergi blog Ijan blogresipiAyu, dan ramai lagi yang dah buat. Pb je tertinggal keretapi......
Resipi ni pb ambil dari blog kawan baru Norli my happyoven sebab senang pb nak ingat dan ada juga yang pb tambah mengikut resipi orang lain. Halalkan ye.....pb share disini.

RED VELVET CAKE

Bahan A:
2 1/2 cwn tepung kek/superfine (pb guna tepung gandum je)
1 1/2 cwn gula castor
1 sudu kecil soda bikabonate
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbok koko
(semua bahan diayak)

Bahan B:
1 1/2 cwn minyak sayur 
1 cwn butter milk
2 biji telor gred A (suhu bilik)
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil esen vanila

Butter milk - 1 cawan susu campur dengan 1 sudu besar cuka makan. Biarkan 10 minit.
(pb guna susu cair, takde susu segar)

Cara membuatnya:
Pb ikut je macam Norli buat. Bahan A satu mangkok, bahan B satu mangkok lain.
Mesin bahan B hingga sebati dan masukkan bahan A perlahan2.
Kisar dengan kelajuan sederhana.
Guna loyang berukuran 9 inci dan lapikkan dengan kertas. Gris dengan minyak/butter.
Kalau ada 2 loyang lebih senang rasanya, tak payah nak potong dua kek tu.
Bakar pada suhu 175C. Pb bakar lebih dari 1 jam sebab guna satu loyang

Untuk frosting, macam biasa. Pb guna 250 ml whipping cream, 200 ml cream cheese dan 1/2 cawan gula castor. Kisar ketiga2 bahan tadi hingga sebati. Sapukan pada tengah kek yang telah di potong dua dan juga keliling kek.

Inilah hasil yang tak seberapa jika dibandingkan dengan kek kawan2 blogger yang lain.



Kek belum betul2 sejuk dah potong untuk hubby sebagai kenangan. Lepas tu masuk balik peti ais. Malam baru kami makan. Memang sedap sangat, kena pula frosting krim cheese tu.

hehe....tak cantik....tapi boleh la daripada beli kat luar yang kita tak tau bersih atau tidak.

Happy birthday Encik Nurulfahmi!! Walaupun kek agak kegadisan rupanya, ok la kan, daripada takde. Lepas ni ulangtahun perkahwinan kita pulak. Dua hari je lagi nak sambut.....gaji belum lagi....huhu...nampaknya candle light dinner kat Pondok Burok kita je kot?

9 ulasan:

  1. Kek sentuhan isteri utk suami. Ada rasa kasih-sayang sewakti membaking kek itu yg special Zana...

    Selamat ulangtahun buan en fahmi..

    BalasPadam
  2. salam kak zana...kek yg penuh kasih sayang yer...hihhihihi
    liza belum pernah buat lg kek ni, tkt ngn kaler merah dia...ngeee

    BalasPadam
  3. Salam kak zana! musim kek RV ni ya :D kita pun suke dgn kek RV ni nak buatnyer tu malas jerr lebih hihihi... terasa rasa dia punyer krim tuuu :D

    BalasPadam
  4. ooo..maknanya kek ni rasa coklat lah ye? hahaha..jakun lah saya, terpikir2 jugak red velvet yang 'merah-nya-mak-ngah-oii' ni sebenarnya rasa apa..
    seronok la kak fibie, dapat buat kek sendiri ni satu kepuasan kalo untuk yg tersayang..lagi la kalau habis di makan..puas hati sangat! -shin chan

    BalasPadam
  5. ooo..maknanya rasa coklat la kek RV ni ye? hahaha..kesiannya saya tak tau pun rasa mcm mana sbb tak penah makan, tgk dalam blog dah selalu la. tapi kaler dia...mak oii, menyala2 cik Nab oi! huhu -shin chan

    BalasPadam
  6. @ijayuji:
    Wslm ika, akk x prasan ada komen ika...ini pun sb birthday, kalau tak....harammmm.

    BalasPadam
  7. @wani sc:
    Hehe...gitulah nmpknya, akk pun baru ni rasa, kesian kita kan?

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)