my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Bingka Kacang Merah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Dah lama aku beli sepeket kacang buah pinggang (tak tau betul ke namanya? tulis kat stiker macam tu la). Saja gatal beli lepas tu tak tau nak buat apa. Ingatkan sama macam kacang merah, boleh buat inti pau.

Sudahnya aku rebus seperti biasa dan google cari resipi yang boleh guna kacang ni. Akhirnya aku jumpa resipi Bingka Kacang Merah di www.myresipi.com/ oleh rahel@myresipi.com. Bila dah jadi, sedap pulak.

BINGKA KACANG MERAH

  • 400 gm kacang
  • 150 gm gula pasir
  • 150 gm tepung gandum
  • 300 ml santan pekat
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar minyak
  • pewarna (merah)
  • 1/2 sudu teh garam

  • Cara-caranya:
  • Panaskan oven 170C. Gris acuan dan lapik dengan kertas minyak.
  • Satukan semua bahan dan kisar kecuali pewarna.
  • Setelah itu asingkan 1 1/2 cawan adunan untuk di warnakan.
  • Masukkan 2 cawan adunan asal kedalam acuan dan bakar selama 25 minit.
  • Kemudian tuang adunan berwarna dan bakar 15 minit.
  • Akhir sekali tuang adunan asal dan bakar 35 minit.
  • Biar kuih sejuk baru di potong.



Kuih ku tak cantik, agak kering di atasnya. Mungkin terlebih bakar, dasar pelupa la ni.......sambil bakar, sambil masak untuk makan malam. Rasa memang sedap. Macam rasa koleh kacang. Alamak! sebut koleh kacang, kuih kegemaran ku tu, terlior la pulak. Teringat kat kakak, dia pandai buat.

3 ulasan:

  1. salam zana...

    mesti sedap ni.. ada rasa kacang.. kacang buah pinggang ni mmg sedap.. tambah2 bila campur dlm ABC.. tapi tu lah.. nak merebusnya nak kena lama.. selalu saya rendam dulu bagi kembang.. barulah proses merebus tak lama sgt..

    BalasPadam
  2. wslm Ratna...nmpknya sekali sekala je la akak buat kuih mcm ni...hehe..

    BalasPadam
  3. rajin nya akak masuk dapur..semalam dah buat chicken chop..best lah family dapat makan sedap selalu kan..he he

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)