my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Percubaan pertama Kraf Felt

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Malam tadi aku menjahit Fancy Pouch menggunakan kain felt. Ini percubaan pertama ku setelah memendam rasa selama beberapa bulan. Barang-barang dah berminggu aku beli tapi baru ni sempat menjahitnya.

Agak mudah bagi orang macam aku yang dah biasa mengait, menyulam dan seumpama. Cuma kena kreatifkan minda selepas ni. Kalau malas nak fikir, aku tiru je dalam buku Felties yang aku beli tu. Dah expert barulah aku mulakan rekaan ku. Chewah......nak jadi designer la pulak.....

Ini Felt kit yang aku beli dulu, baru selesai buat tadi tengahari. Menggigil-gigil jari ni cucuk benang dalam jarum. Lama dah aku tinggalkan kerja-kerja remeh macam ni, tapi aku suka kraftangan. Kalau ada saudara mara yang perlukan bantuan kerja-kerja macam ni, memang aku tak tolak.

 Bahgian dalam Fancy Pouch, kiri dan kanan berpoket.
 Bahgian depan pula....
Beginilah rupanya bila dah siap. Cantik ke? Pouch ni boleh di isi dengan lipstik, blusher, butang tudung, klip rambut dan lain-lain. Tapi tak boleh la isi benda berat atau yang besar.


nota aku: lepas ni kalau dah ok, aku nak jual online....

5 ulasan:

  1. Zana..

    Bestnya kalau pandai kraftangan ni..saya ni kerastangan boleh la..

    BalasPadam
  2. Nieza, kena la rajin praktis baru lembut..hehe..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum, cantik craf tu. kain tu guna kain apa ya. suka gak craft tapi tak reti nak buat

    BalasPadam
  4. gerhana luka (nama sedap) kain felt ni beli kat kedai yg jual bunga telor, reben2 atau kedai brg japan. beli sample, lepas tu boleh cuba buat

    BalasPadam
  5. HAI..saya pun menjual barangan kraf felt..sekarang saya tgh wat pre order tuk kain saiz 1mtr (RM12.50) & 1/2mtr (RM7.00)Last date 2hb ogos 2011.beli lbh 10pcs blh dpt diakaun lagi
    kat blog saya pun ada lain2 brg tuk wat kraf mcm hp strap skali cangkuk 100pcs rm16, ring keychain, box, button dan mcm2 lagi..jom tgk cutes2u.blogspot.com

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)