my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Chicken Chop (favourite anak)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Maaf pada teman-teman blogger yang telah meninggalkan pesanan di shoutbox tapi aku jarang membalas disitu. Biasanya aku akan pergi terus keblog orang itu. Jadi, jangan kecil hati ye.......

Taknak cerita panjang, kita layan je gambar Chicken Chop yang aku buat petang semalam. Resipi dari Potret Kasih juga. Terima kasih Puan Wana, resipi ni anak saya suka sangat. Sama macam kat Kenny Rogers.....hehe....

Resepi Grilled Chicken Chop

1 ekor ayam  ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam –  dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)


Cara Penyediaan

1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selama beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat.


Ayam ni aku letak atas kuali leper dan gunakan api kecil. Tak nak bakar kat oven, alasannya??.malas nak cuci...

Masa makan semalam, yang takde cuma coleslaw je, takde kobis dan carrot. Rasa tak lengkap pula. Takpelah, lain kali boleh buat lagi.

Satu hal lagi, sebelum ni aku tak pernah buang tulang ayam (dah tu, kalau nak makan chicken chop main order je). Tapi semalam aku buat sendiri, senang rupanya!! Lepas ni aku taknak makan chicken chop restoran luar. Entah bersih ke tak........kita ngap sedap je....




nota aku: kerana chicken chop ni, aku relax semalam sebab tak masak nasi dan lauk pauk, hehe...sukanya!!

6 ulasan:

  1. Thanks zana sudi cuba resepi tu... harap zana sekeluarga suka..... mmg akk pun tak pernah makan ciken chop kat luar..kalau terasa nak makan buat sendiri aja... lebih puas hati...

    BalasPadam
  2. salam..nak gak chicken chop nie...klu mkn kat sini..free jer kan..hihi

    BalasPadam
  3. hai zana...terliur tgk chicken chop...selama ni makan kat luar je. sesekali teringin jg nk buat...tq sharing this recepies...=)

    BalasPadam
  4. Puan Wana, terima kasih kerana resipinya..

    BalasPadam
  5. Atie...wslm,boleh aje tp utk atie sorang tau!

    BalasPadam
  6. Kasih Ibu...sama2, saya pun ambil resipi Wana.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)