my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

bila cuti....makan, tidor, makan dan tidor

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Tukar lagi background blog aku ni. Entah kenapa aku cepat bosan, tak boleh tengok rupa yang sama setiap hari. Kalau bab makan pun macam tu juga. Bila pagi dah makan nasi, tengahari mesti elak (bukan sebab nak diet). Begitu juga kalau blog, nasib baik tak bosan dengan hidup.....hehe....macam2 manusia ni kan?

Agak2 apa kata korang kalau akak berperangai macam ni, asyik tukar2 background? Mesti ada yang kata, asyik tukar je.......pening kepala aku tengok pompuan ni! Tak kesah la! Janji aku happy dengan apa yang aku buat.

Ok, hari ni makan tengahari kami dengan roti jala kaler hijau you. Anak aku taknak makan nasi, bosan katanya, macam ibu dia juga.


Aku guna susu kotak anak ku, yang dia bawa balik dari sekolah. Sedap dan lembut jadinya.....

Roti jala cicah dengan kuah kari yang ku masukkan telor dan sotong ball. Hias sikit dengan buah tomato.

Biasanya aku guna rempah kari Babas atau Adabi tapi kali ni aku cuba rempah kari Faiza dan rasanya aku suka sangat.

Petang ni nak buat lempeng pisang pulak. Anak ku tengok rancangan Jaguh Kampung hari tu, ada la dia orang buat lempeng kelapa. Malam tadi dia cakap kat aku, ibu...ibu....baik ibu masuk Jaguh Kampong.

"kenapa pulak?" aku heran apa kena mengena dengan aku. "betul, baik ibu masuk......sebab....ibu buat lempeng pisang....sedaaaap!!"

hik...hikk...gelihati aku, kesitu perginya?

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Zana...amboi jeles la tengok rumah ni dah lawo la sgt. Sejuk mata tengok gambo baru nie. Akak pun dh lama tringin nk tuko tp malas la pulak, lgpun susah nk dpt gambo cantik mcm zana ni...sama la anak2 kita, suruhnya masuk jaguh kg..haha

    BalasPadam
  2. salam..sejokkkk jer masuk blog nie...backgroundnya cantik!

    BalasPadam
  3. Azlina...wslm, bebudak ni mmg mcm tu, nak suruh ibu dia enterprem je..hehe...

    BalasPadam
  4. wslm Atie...iye ke? rasanya lambat lg nak tukar background lps ni, letih juga mengubahnya.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)