my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Organ paling besar dalam tubuh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sambung cerita malam tadi, ibu dan anak dalam bilik tidur. Ayahnya tusyen satu jam kat ruang tamu. Lepas tengok drama Nora Elena (masa ni berebut tv, ayahnya Cinta Melody, anaknya One Piece dan ibu Nora Elena), aku dan anak lepak2 atas katil sementara tunggu isyak.

Minggu ni minggu peperiksaan sekolah anak ku. Tapi aku tengok dia relax je. Biasanya aku dan hubby akan 'push' dia belajar dua minggu sebelum periksa. Jadi bila tiba minggu peperiksaan, dia cuma ulang kaji serba sedikit.

Kat atas katil, soalan dari mulut anak ku. Kalau ibu pandai, jawab soalan ni. Dalam tubuh badan manusia, organ apakah paling besar peratusnya. Aku jawab hentam keromo, perut, otak, lemak dan bla..bla...Semua jawapan ku salah. Dia tanya lagi, nak mengalah ke tak?

Biasalah, ibu mana boleh kalah dengan anak kan? Ego pulak tu.......sambil mata kat tv, otak ni berfikir2, semua aku dah sebut tapi masih salah. Anak ku kata, mengalah je la bu.......(agaknya dia pun malas nak tunggu jawapan dari ku sebab aku macam nak taknak je menjawab)

Tidak, ibu takkan mengalah walaupun sampai esok pagi, kata ku. Hahaha.....anak ku gelak, masih taknak mengalah tu.....katanya. Ibu tak kira, ibu takkan mengalah walaupun sampai dua tiga hari mencari jawapannya. Saje aku menyakat. Sebenarnya aku pun malas nak mencari jawapannya.

Ada ke diantara kita ni yang masih belum tahu? Atau taknak ambil tahu? Atau buat-buat tahu (macam aku).
Kalau ada masa lapang, boleh baca di SINI


nota aku: anak ku memang suka kongsi pengetahuan dengan ibu dia..
tau jawapannya? KULIT daaa....

4 ulasan:

  1. salam..thanx singgah n folo myblog..

    ehehe lucu eh. takpe..bagus jugak at least otak kita as ibu yg sokmo sibuk ngan keje umah berjalan skit ngan soklan2 tricky camtu..:-)

    BalasPadam
  2. wslm rose, anak2 mmg suka tunjuk pandai terutama kat ibu dia, kalau dia kelentong pun, ibu dia angguk je...

    BalasPadam
  3. comelnya kanak2.. rindu anak sedara.. nway dah follow akak :) lau sudi meh la jln2 sini :)

    BalasPadam
  4. kerenah anak-anak memang menyeronokkan walaupun kadang kala menyakitkan hati.

    memang betul kalau tak ada internet memang boleh meroyan

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)