my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Nasi Goreng Kampung

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Apa nak cerita ni? Cuti sekolah tak balik semenanjung jadi tak banyak benda yang aku dapat kongsikan. Balik-balik tulis pasal sarapan, makan apa, buat apa........ahhh...bosannya.

Malam tadi kami makan chicken chop lagi. Kebetulan adik ipar ku ada di sini sebelum pulang ke Pantai Timur (cikgu juga) Meriah la sikit rumah ni bila ada tetamu seorang dua. Hampir habis ayam seekor. Tinggal sekeping bahagian dada, takde orang nak. Sebab aku buat mashed potato, coleslaw, kentang goreng dan sos perang. Kalau makan kat luar untuk empat orang, dah berapa tu?

Pasal makan lagi? nak buat macam mana, dah nasib surirumah macam aku ni. Kalau bergaji besar macam kawan-kawan blogger yang boleh pergi luar negeri, boleh la aku stroy lain dari yang lain. Apa-apa pun aku tak kesah dan bersyukur dengan apa yang aku miliki. Masa bujang dulu pun aku dah puas kesana kemari bersuka ria.

Ok, pagi ni kami sarapan nasi goreng kampung je. Walaupun simple, sedap dan bertambah2 aku makan. Apa taknya, semalam kami tak makan nasi. Tengahari tu, aku buat mi bandung. Jadi, celik mata je pagi ni perut dah berkeroncong minta di isi.


Nasi goreng ni style aku sendiri....

5/6 biji cili padi (yang tak pedas sgt tu, orang kata cili akar)
3/4 ulas bawang merah kecil
sedikit belacan
segenggam ikan bilis
sayur-sayuran (biasa orang suka kangkong tapi aku gunakan sawi manis)
kalau ada carrot pun boleh (tapi tak 'kampong' la pulak ye?)

Biasanya kalau nasi goreng aku lebih suka cili padi, bawang dan belacan di tumbuk (bukan kisar dgn mesin ye).
Ikan bilis digoreng dan ketepikan dulu.
Tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau, masukkan nasi putih.
Kemudian masukkan ikan bilis dan sayur2an. Kalau suka nak letak telor, boleh juga.
Tambah garam dan serbuk perasa (biasanya garam dan aji di masukkan ketika menumis)
Dah siap nasi goreng ku, pedas dan 'kampong la sangat'.......hehe....

7 ulasan:

  1. baru mlm semlm mkn nasi goreng kampung, pedas punya!!

    BalasPadam
  2. waaaaa...
    sedapnye...



    jom singgah n follow belog fyna.
    :)

    BalasPadam
  3. nasi goreng kampung ni bila pedas bertambah sedap kan.. hehe saya follow.. :)

    BalasPadam
  4. nasi goreng kampung memang best..x leh nak lawan nasi goreng yg lain2 tu..nasi goreng hong kong ke,amerika ke,tokyo ke,monggolia ke..kalah semua tu.. :)

    BalasPadam
  5. saya tak berapa rajin nak menumbuk.. biasa guna hand blender jugak.. :)

    BalasPadam
  6. teman2 semua, nasi goreng kampung mmg tak boleh dipisahkan dr org melayu sekalipun tinggal diluar negara, betul tak?

    BalasPadam
  7. samalah... saya pun tak suke rencah2 nasi goreng di blender...suke tumbuk2 jugak...memang ada beza kan :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)