my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Sos Perang atau sos lada hitam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


Sos perang ni aku ambil dari blog PotretKasih juga. Buat sekali dengan chicken chop hari tu tapi lupa nak letak kat blog. Ada kawan kat fb tanya, baru aku teringat. Gambar tak menarik sebab malas nak edit. Leceh la......

Resipi ni aku tak copy paste dan aku salin secara ringkas. Ikut fahaman ku.

  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum (ayak dulu)
  • 1 liter air
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu makan sos tomato/cili
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1/2 kiub perasa ayam/daging
  • garam

Caranya:
Panaskan mentega dan tumis bawang besar.
Tepung gandum dilarutkan dalam air, campur dalam periok.
Campur semua bahan dan kacau hingga pekat atas api.

4 ulasan:

  1. Salam,
    Selalunya saya malas, beli ready made brown sos kat bakery.

    BalasPadam
  2. MMrs Yie....boleh la buat sb dah jumpa.

    BalasPadam
  3. hazila...akak tak pandai nak cari benda2 mcm ni, takut beli yg non halal pula.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)