my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

terputus sementara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Dua hari line broadband terputus, kerana apa? Belum bayar le jawabnya. Macam serba tak kena je kalau tak dapat internet. Sebab segala-galanya dihujung jari setiap hari aku, disitulah blog aku, nak baca berita, facebook, twitter dan segalanya.

Jadi, aktiviti ku sementara internet terputus, hanya melayan kraf felt ku. Kata hubby, bagus juga takde internet ni. Aku tanya, kenapa pulak? Iyelah.....tekun sikit awak mengadap felt tu, kalau tak sekejap buat, sekejap tinggal.

Betul juga cakap dia. Tapi bosan tau kalau tak dapat berinternet ni. Macam bodoh je rasa seharian tu. Alhamdulillah, dah ok ni, takde la aku sunyi sangat. Boleh buka youtube, tengok cara-cara omputih buat berbagai-bagai bentuk rekaan dari kain felt.

Sebenarnya ada benda yang aku nak kongsikan semalam tapi sebab terputus internet, aku sambung lain kali je la ye. Tentang cancer payudara yang aku tengok semalam di tv. Rasa tersentuh pula hati ni........

2 ulasan:

  1. Salam K.zana,betul apa yg HB akak katakn tue..hihi.kdg2 trleka kita...

    BalasPadam
  2. Salam Kak Zana,
    Betul, kita pun sama macam akak. kalau takde internet sekejap pun rasa macam mati kutu. penyakit betul.hehehe....
    Ijan

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)