my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Serunding Ikan Cencaru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Assalammualaikum, cerah hari selasa ni nampaknya. Tapi hujan dipetang hari sejak beberapa hari lepas. Hinggakan pb pun jadi malas nak update blog, nak jalan2 blog orang pun bukan saja malas, campur dengan kelembapan brokbeng ni........kejap putus, kejap elok. Bila kita tak update blog, elok pula.

Kali ni pb nak share resipi yang pb salin dah lama dalam buku pekasam pb tu. Dari mana pun dah tak ingat. Sebelum ni pb ada pos gambar ke facebook tapi dengan watermark 'serunding ikan tenggiri', tersilap sebenarnya, ikan cencaru. Hari tu beli ikan cencaru besar, hari2 macam bosan pula asyik goreng dan goreng.

Buka buku resipi, jadilah serunding ikan. Walaupun ikan cencaru, sedap juga. Jom tengok resipinya.

SERUNDING IKAN CENCARU

Bahan-bahannya:

1 kg ikan selar kuning - pb tukar ikan cencaru 2 ekor
2 biji kelapa, ambil santan pekat - pb guna secawan santan
1 biji kelapa parut untuk kerisik - kerisik banyak jual yang dah siap tapi pb buat sendiri dan mesinkan.
1 cwn air asam jawa - pb kurangkan
2 sudu besar gula pasir
1 cwn minyak masak - banyak tu, pb kurangkan
garam

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
2 cm belacan
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan putih
3 batang serai
2 helai daun limau purut (tak letak sebab takde)

Cara membuatnya:
Tumis bahan kisar seperti biasa.
Masukkan gula dan garam.
Masukkan santan dan air asam, biarkan hingga mendidih.
Masukkan kerisik, isi ikan dan air rebusan ikan.
Kacau semua hingga kering, bab ni memang letih la sebab lama juga tu nak kering.

nota: pb tak ikut sukatan di atas sebab buat sikit je.



Hubby suka serunding ni, boleh makan dengan pulut juga.

16 ulasan:

  1. saya pun suka serunding ni tapi nak tunggu dia kering kena byk sabar, kan. sbb ambek masa yg lama.

    BalasPadam
  2. salam kak zana...liza ni kalau bab nk buat serunding ni malas bebenor, tp kalau bab mkn memng rajin yg teramat....muahahahahaha

    BalasPadam
  3. Salam Zana..
    selalu dgr serunding ayam/daging tapi tak pernah plak dgr serunding ikan mesti sedap kan... rajin zana :)

    BalasPadam
  4. Baguslah Zana... kakak belum pernah buat kalau rajin boleh mencuba nie... mesti sedap makan dgn roti...

    BalasPadam
  5. Salam Kak Zana..selalu buat serunding ikan guna ikan sardine...ni ada versi ikan cencaru pula yaaaa..harus gak nak cuba ni

    BalasPadam
  6. makan dengan nasi panas2 mau terangkat jugak ni

    BalasPadam
  7. waaa...bleh cuba ni..mana tau en.hubby pun suka

    BalasPadam
  8. @Liza:
    Wslm liza, akk pun....tp tak suka sgt nak mkn.

    BalasPadam
  9. @Mama Hawa/Mama Nani:
    Wslm mama hawa, kalau area pantai timur, biasa dgn serunding ikan.

    BalasPadam
  10. @Kakzakie:
    Mkn dgn roti, ok kot. Buat pulut panggang pun sdp ni..

    BalasPadam
  11. @Sue @ Nenie:
    Wslm Sue...ada juga guna ikan sadin ye, tak pernah cuba yg tu.

    BalasPadam
  12. @Ann Ishak:
    Hehe....tak terangkat, mesti terbaring kan?

    BalasPadam
  13. assalam zana,
    waduh ada serunding ikan kat sini ya..kita belum pernah cuba makan serunding ikan macam ni..very unik ni zana..boleh masuk list lah..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)