my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Apam Balik inti kaya

Salam sejahtera dan selamat beramal.....

Dah macam Prof Izzudin pulak ye....selamat beramal (dgn sengau manja dia). Nak ringkas je update, panjang2 pun orang takde masa nak baca meleret2, ye tak?

Resipi asal dari Hana Memories kat CMG dan kalau nak lebih cantik gambarnya, gebu gitu...TENGOK SINI. Mintak izin copy paste ye Mat, halal ye......akak ubah inti je, letak coklat chip campur kaya sikit. Ada yang letak gula dengan kacang je. Anak pb ni tak suka kacang la, payah betul selera dia, tak sama dengan ibunya.



APAM BALIK (inti kaya)
sumber: MATGEBU


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
2 camca besar gula halus
3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cawan susu sejat + 1/4 cawan air)
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur
1/4 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh baking powder
1 camca besar mentega cair
Secubit garam

BAHAN TABUR :-)
1/2 cawan kacang tanah, ditumbuk kasar*
2 camca besar gula pasir*(*disatukan)
3/4 cawan jagung cream (pb takde jagung, ganti kaya)
Sedikit mentega atau majerin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam bekas, satukan telur dengan gula, pukul hingga sebati. Tuang 1/2 cawan susu dan kacau rata. Masukkan tepung, soda bicarbonate dan baking powder, kacau rata dan tuang baki susu tadi. Masukkan mentega cair dan garam. Kacau hingga semua rata dan sebati. Ketepikan selama 15 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, gunakan api paling kecil, sapu permukaan kuali dengan minyak (mat sekadar lap permukaan kuali dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak masak). Bila panas, sendukkan bancuhan tadi anggaran 1/3 cawan, rata dan dia biar sekejap.
  3. Tutup permukaan pan tadi, bila kelihatan berbuih dan kering, boleh sapu sedikit mentega dan ratakan krim jagung, dan kacang tanah + gula pasir tadi. Biarkan sebentar, kemudian angkat dan lipat dua. Ulangi proses hingga siap. Boleh dihidangkan..
 lerrr...apam balik yang terhangit gara2 ibu tinggal kesana kemari....

15 ulasan:

  1. Uish! Akak bt sendiri ke apam balik nie? Cantik je kak rupa die. Sy pun nak try la bt apam balik. Yummeh!

    BalasPadam
  2. salam kak zana...dulu2 Liza pernah buat apam balik sndiri tp fail la...nnt nk try resepi ni pulak,terima kasih yer kak...salin dulu yer...

    BalasPadam
  3. sedapnya apam balik ni kak..lama tak buat misi mencari jagung dlm tin mcm kat msia tu tak jumpa lagi..huhu

    BalasPadam
  4. rajinnya Kak Zana buat apam balik sendiri, tapi yg best bleh letak inti byk2 ek.. suka.. suka..

    BalasPadam
  5. @Pok Amai-Amai:
    Hehe...fara x caye ke? Cuba la buat sendiri, boleh ltk inti suka suki kita je...

    BalasPadam
  6. @Liza:
    Wslm liza, setakat ni mna2 yg akk cuba ok je..

    BalasPadam
  7. @Nieza:
    Haha...nak akk pos? Kena buat sendiri pulak jagong krim tu..

    BalasPadam
  8. @Sari Yusa Ibrahim:
    Org johor ckp mesti ada ek, ek?....ltk bnyk kang muak plak.

    BalasPadam
  9. @geraugebang:
    Balik dtg lagi nanti ye....hehe...suka usik tau Gerau ni.

    BalasPadam
  10. sedapnya apam balik buat sendiri..:)

    BalasPadam
  11. assalam zana..
    wah dah lama tak buat apam balik..
    memang muai kalau buat sendirikan..
    sedapnya..

    BalasPadam
  12. @Ayu:
    wslm ayu, gitulah nampaknya...mcm2 boleh letak.

    BalasPadam
  13. wahh sedapnya apam balik ni... macam ni kena pergi rumah mat gebu mintak resepi... Dekat je rumah dia dari tempat saya ni..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)