Salam sejahtera semua, kali ni pb nak share resipi doh pizza yang lazat (lazat ke aku buat?)...boleh tahan la....mungkin cara menguli je yang berbeza dari tuan punya resipi. Pb uli manual, takde BM, belum mampu memilikinya.
Resipi doh pizza ni pb bookmark kat tab, bila2 nak buat takyah cari orang lain punya. Ini dah ok dah dan pb nak berterima kasih sangat kat DJ DAYANG (klik kalau nak tengok resipi sebenar dia). Pb dah ganti bread softner dengan 1/2 sudu besar shortening. Minta izin copy paste resipi ye Dayang.......
DOH PIZZA
sumber: Dapurku Sayang
Pizza base I :
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil yis segera mauripan
- 2 sudu besar susu tepung
- 160 ml air suam
- 1 sudu besar gula halus
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh) - pb tukar dengan shortening
- 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
- Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
- Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
- Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
- Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
- Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
- Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
- Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
- Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
- Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
Ni tak bakar betul2 masak sebab tunggu anak bujang balik sekolah, nak panaskan lagi.
Resipi filling pizza tu seperti biasa je. Tumis bawang besar dan bawang putih, masukkan sos tomato/tomato puri, lada sulah, daging cincang, sosej dan apa2lah yang kita suka. Kemudian letakkan cheese (pb guna cheese sekeping sb yg tu je ada). Krim cheese tu pun pb buat juga, kat blog Dayang ada resipinya. Sayur dan lada tak letak, susah nak makan sama dengan anak yang tak makan benda2 tu semua. Bawang pun kena blend, kalau dia nampak, patah selera dia nak makan.
Pb saje usik anak, lepas ni kita tak payah makan pizza kat luar, tak payah order chicken chop kat luar........huhu....berubah muka dia. Biasalah bebudak ni kan nak tukar selera makan ditempat awam sesekali. Takkanlah zalim sangat ibu dengan ayah nak buat macam tuuuu.....
sedapnya pizza PB...mcm mkn kat pizza jer...hehe
BalasPadamKalau kakak pandai dan rajin macam pb kakak rasa tak payah ke pizz memang patut pun... nampak lebih kurang pun..
BalasPadamni yang meleleh air mata tengok tengah2 hari pizza Kak Zana ni.. :-)
BalasPadamaduhai sdpnye kak..terliur tgk...
BalasPadamperggghhhhh...nk sikit piza tu kak zana...terliur pulak dok tgk cheese tu...haiiisssshh
BalasPadamanak2 liza pun sama, kalau nmpk bwg, semua tolak tepi, buat sakit hati jer letak pun...
sedapnya, nasib baik dah kenyang
BalasPadamwaaa sedap....
BalasPadamhihihi....
memamg nk pergi becuti. release tension.