my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Jagalah anak-anak kita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"


Sekarang ni heboh orang memperkatakan tentang arwah Dirang yang mati dibunuh dan dibakar. Zalim sungguh perasaan orang yang mencekik dan membakarnya. Ketika dia melakukan jenayah itu, tidakkah ada belas kasihan dihati dia/mereka? Semuanya kerana dendam, tetapi bukan budak tu yang salah. Berdendam dengan neneknya, Dirang yang jadi mangsa. Takziah pb ucapkan kepada keluarga arwah. Semoga Allah dapat membalas dengan setimpal atas kejadian ini.

Untuk peringatan pb dan juga ibu-ibu diluar sana, tolonglah perhatikan kemana dan dimana anak-anak anda bermain atau destinasi anak. Walaupun hanya sejengkal dari rumah, macam-macam perkara boleh terjadi. Pb selalu berpesan pada anak, jangan bergaul dengan mereka yang tidak dikenali, jangan bermain dengan mereka yang kaki buli dan jangan menyakiti hati kawan-kawan. Kalau ada perbalahan kecil, jangan cepat naik tangan dan kaki. Kadang2 perkara kecil pun boleh jadi besar. Itu semua kerana tidak dapat mengawal nafsu marah, dendam dan sebagainya.

Cuti-cuti sekolah ni mungkin anak-anak kita selalu bermain diluar rumah. Perhatikan juga walaupun sekadar di ruang tamu atau garaj depan. Tidak kira dia lelaki atau perempuan, kecil atau besar. Perkara nak jadi tidak ada siren atau alarm. Kalau tinggalkan anak sendirian dirumah, pastikan ada talipon di tangan dan anak-anak tau menggunakannya. Seeloknya jangan tinggal terus kalau anak masih kecil. Pb biasa juga tinggalkan sekejap tapi pb pesan kat jiran sebelah, tolong tengok-tengokkan. Pesan juga kat anak jangan kedapur, contohnya nak masak-masak atau bermain pisau. Walaupun anak pb dah 10 tahun, pb tak pernah benarkan dia pegang pisau atau gunting melainkan kalau ada kerja tangan sekolah, itupun dalam perhatian dan gunakan gunting yang tumpul hujungnya.

Bila tinggal sendirian pun selalu pesan, jangan buka pintu walaupun kawan sendiri yang datang. Kadang-kadang kita tak tau hati manusia ni, tengok zahir baik. Kita tak tahu niat disebaliknya. Setiap masa kena berhati-hati. Bagaimanapun sebaiknya kita amalkan doa-doa selepas solat, apa-apa doa yang kita tahu. Kalau tak hafal, bukalah buku, tidak mengapa. Allah Maha Mengetahui dan memahami.

12 ulasan:

  1. Tuhlah kak. Skg nie bahaya. Mcm2 boleh jdk. Anak2 hilang mcm tu je. Tapi syukur, mereka jumpa juga walaupun dlm keadaan rentung. Tapi yg hilang terus tu? Lagi sedih. Saya pun risau sgt.

    BalasPadam
  2. Kakak pernah tukar maid kakak gara-gara dia keluar rumah masa kakak tak ada dgn bawa anak kakak yg masih baby masa tu...

    Anak tak boleh dicari ganti. Lebih baik kita dikata strict daripada sesal kemudian hari...

    BalasPadam
  3. Salam Kak..betul tu..zaman sekarang tak macam zaman kita dulu2 bebas ke mana sahaja bermain dgn kawan2 di kaw kg..Sekarang perhatiannya perlu dilebihkan sedikit, sedikit kecuaian boleh membawa kejadian tak diingini...

    BalasPadam
  4. @Pok Amai-Amai:
    Berserah je fara setelah kita berusaha n berdoa.

    BalasPadam
  5. @Kakzakie:
    Betul tu.....biar org nk kata apa pun.

    BalasPadam
  6. @Sue @ Nenie:
    Wslm sue....gitu la nmpknya, kita dulu main dgn kwn2 sekampong, apa2 jd kita kenal mak bpk nya.

    BalasPadam
  7. memang ngerikan sekarang ni mcm2 benda buruk boleh berlaku...mmg patut pun kite sebagai ibubapa pantau anak2...

    BalasPadam
  8. ya la baik berhati-hati kan drp berlaku kejadian sebegini lagi..minta dijauhkan lah.kesian pada kanak-kanak yg jadi mangsanya.

    BalasPadam
  9. Rasa geram pd org yg buat kat bdk tu...Moga Allah bls nya nnt..smg Allah melindungi anak2 kita semua

    BalasPadam
  10. @ainnoraini:
    Minta dijauhkan semua tu pd anak2 kt luar sana..

    BalasPadam
  11. @Nieza:
    Akk tumpang simpati nasib mereka..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)