my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Gusi dicucuk tulang ikan

Assalammualaikum.....

Manusia ni bila sakit sikit je dah mula menggelabah, mula tension, tak boleh sabar kadang-kadang. Tapi bukan pb yang gelabah, hubby yang menggelabah. Nak tergelak pun ada dalam sakit-sakit tu.....hehe...tambah pulak dia marah-marah (bukan marah serius la)

Gini ceritanya.......semalam petang kami makan malam (biasa makan seawal jam 6 ptg) dengan lauk simple je. Terong goreng berlada, ikan goreng, sosej dimasak sos tiram (untuk anak) dan kicap sebotol...hehe...bila dah takde kuah, kicap la tumpuan kami. Last sekali mengadap hidangan, pb la sorang2 sebab meratah ikan goreng. Pb tak nampak ikan tu masih ada tulang (kat bahgian tepi2 ikan kan sedap kalau goreng) terus masuk kemulut. Tiba-tiba tulang tu menyucuk kat gusi pb bahgian geraham. Jauh kedalam tu nak jolok dengan jari memang tak sampai. Tulang tu adalah sepanjang 1 cm. Gusi pb dah penuh dengan darah, tambah susah nak tengok (hubby yang tengokkan) Nak bercakap pun susah sebab bila bercakap, lidah tersentuh dengan dinding gusi. Pb cakap agak pelat-pelat gitu....hehe....bila ingat balik geli hati pulak.

Hubby dah serius muka dia sebab dalam sakit pun pb boleh gelak2. Dia pulak nak kejarkan sembahyang maghrib sebab dah masuk waktu. Tak dapat korek dengan tangan, hubby ambil sepit janggut......konon2 nak tolong sepitkan. Tangan dia besar, mana boleh masuk dalam mulut pb? Tangan sendiri pun susah. Macam mana nak buat ni? Hubby kata, cuba guna gunting pulak (masa ni kami dalam bili air berbincang) Pb taknak la dengan gunting, silap2 tergunting lidah ke.....gusi ke....uish bahaya tu.

Beralih pulak dalam bilik, duduk tepi katil. Nak nangis pun ada sebab bila katup mulut jadi sakit. Hubby datang bawak torchlight dengan penyepit kuih......dia suruh pb nganga besar2 sambil suluh sambil pegang sepit tu. Kah..kah..kah...pb tak boleh tahan gelak, rasa nak tergolek2....nak terguling-guling geli hati. Ada ke orang nak cabut tulang guna penyepit tu?

Hubby marah-marah sebab pb gelak, macam tak serius je. Ada ke dia kata kita tak serius? Dah la sakit.......buntu pula fikir macam mana nak cabut tulang tu. Cuba berus gigi pun tak jalan sebab bukan terselit kat gigi. Sudahnya pb pergi depan cermin besar, hubby tolong suluh, pb cabut sendiri dengan penyepit janggut. Pb tak nampak sangat kedudukkan tulang tu, main agak2 je.....akhirnya....berjaya juga dikeluarkan. Fuhhh....lega, walau sakitnya masih terasa hingga sekarang.

Hubby kata, kenapa yang nak makan tulang tu? Isi ikan banyak, kunyah tulang pulak. Aii...dia ingat pb ni kucing ke nak makan tulang? Kalau nampak ada tulang, takde la nak masuk kemulut, betul tak? Dalam pada membebel tu, dia pun gelihati juga bila teringat bagaimana dia menyuluh mulut pb dan pegang sepit tu macam doktor gigi.

Sekian, tamat la kisah pb dengan tulang ikan. Terima kasih sudi membacanya......ni kisah benar....bukan rekaan ye!


11 ulasan:

  1. kelakar kak bayangkan guna sepit tu masuk mulut.hehe

    BalasPadam
  2. Hahaha.... sambil baca kakak gelak sorang-sorang. Kawan kakak sampai tanya kenapa Zakie? Kami baca sama-sama N3 ini (kawan kakak cina tau). Dah sekarang kami satu ofis cerita tentang tulang ikan pulak dah zana...

    Sampai nak guna sepit kuih tu yg kelakar...

    BalasPadam
  3. kihkihkih... saya rasa cik abg kak zana tu sbenarnya panik..nak tolong kak zana tp x tau cemane.. tu yg sampai penyepit kuih yg dibawaknya.. hehe..

    psstt.. kalau kak zana berminat nak dptkan teh sudan/roselle tu, boleh email kpd saya ye.. :)

    BalasPadam
  4. la tu penyepit mee cik ina : ) ciannya pb, nasib baik tak de apa-apa. sakit tau tercucuk tulang ikan, cik ina dah pernah kena cam pb .lenkali berhati -hati ye.

    BalasPadam
  5. @Kakzakie:
    Hehe...kita org pun tergelak bila ingat balik.

    BalasPadam
  6. @'idun sa'idun:
    Dia jenis kelam kabut sikit orgnya..

    BalasPadam
  7. Assallamualaikum kak Zana..
    KAH..KAH..KAH..KAH...Sorry ye kak. Pergi gelak pulak dulu..hehhee. Bukan gelakkan akak. Sian akak sakit gusi tercucuk tulang ikan. Yg geli hati tu ada doktor gigi yg mengelabah sampai bawa penyepit tu nak tarik tulang ikan dlm mulut akak tu..hehehe...

    BalasPadam
  8. belum habis baca..dh tergelak.habis baca gelak smpai sakit perut.kelakar betul la awak dua orang ni..hihi

    BalasPadam
  9. Salam Kak Zana,
    Aduhai, sakit perut saya baca citer akak ni. Penyepit kuih tak tahan tu. hehehehe.... pengsan ler kalau jolok dengan itew. hehehe.... :D
    Ijan

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)