my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Semua naik

Assalammualaikum dan selamat berhari minggu....


Pb baru balik dari pasar tamu, cari pulut udang kesukaan anak. Sebelum tu ke pasar besar KK, biasalah surirumah, bergelumang dengan ikan dan sayur je.

Kat Pasar Tamu dulu, penjual nasi lemak jual sebungkus RM1.20 je, tahun ni naik RM1.50. Itu takde ikan bilis goreng sebab dah letak dalam sambal. Mereka biasa letak ikan masin. Tak suka ikan masin, kalau makan nasi lemak selalu buang. Telor rebus dulu sebiji belah empat. Sekarang belah enam pulak......huhu....bukan berkira pasal makan. Lagipun apalah sangat setakat 1.50 kan? Cuma takde rasa manis masin sambalnya tu.....

Satu lagi, kalau kat semenanjung berapa agaknya harga gula kapas yang budak2 suka tu? Mungkin RM2.50 atau lebih. Kat sini dulu (masa baru tinggal sini) murah sangat, terkejut kita orang first time beli.....R1.00, boleh tahan la besarnya. Tadi pb beli untuk anak, dah naik R2.00 pulak. Mentang2 la dengar khabar pekerja kerajaan naik gaji seciput......

Itu tak kira lagi pasal ayam, telor, daging, sayur. Kalau nak beli ayam, jangan la bawa duit sepuluh henggit. Kena prepare RM20 baru boleh dapat seekor. Telor Omega sepapan biasanya pb dapat dalam RM11.50 (harga kenal2 tokeh) pun dah naik sampai ke RM12.00. Kalau kat semenanjung mungkin lebih mahal. Tapi sebagai 'pembantu rumah' tak bergaji macam pb ni.......semua tu dikira mahal. Untung la pembantu dari negara seberang jika RM700 jadi kenyataan. Buat satu kerja je lepas tu relax berbanding dengan isteri tuannya yang dari celik mata sampai nak tidur malam belum tentu dapat rehat. Baiklah ambil pekerja dari negara kita sendiri, tapi kena buat juga syarat sebagaimana kita ambil pekerja asing.

Taknak ah cerita panjang pasal naik harga ni......bosan...cuma pb takde idea.

8 ulasan:

  1. huhuhu...dah bagi tp ambik plk dgn cara macam ni...

    BalasPadam
  2. perut pun nqik gakan zana...hehehe

    BalasPadam
  3. ayu pun mcm serba salah..
    naik naikkan harga makanan takut pelanggan marah pulak...

    BalasPadam
  4. sabar jer la kan dgn harga brng ni kan kak..kesian org yg berpendapatan rendah dan tangunggan ramai..sure membebankan merekan kan.

    BalasPadam
  5. @zaidah:
    Hehe...tu la psl, dlm semua naik....perut pun nk join.

    BalasPadam
  6. @Nieza:
    Kita yg mampu ni pun sesak jg niezza.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)