my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Mihun goreng kunyit

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Salam sejahtera dan selamat pagi......yeayyy...hari ni pb dapat update blog pepagi. Sebab encik hubby sekolah belah pagi pulak. Biasa dia yang konker computer ni, pb tunggu dia pergi sekolah tengahari baru dapat ambil alih.

Semalam Hari Wanita Sedunia kan? Sebenarnya semalam baru tau dan semalam juga Hari Buah Pinggang katanya. Sama2 la kita menjaga buah pinggang kita, jangan sampai rosak.......minum air masak banyak2 tau (nasihat untuk diri sendiri sebenarnya sebab selalu lupa minum air)

Pagi ni pulak, ada 'pendatang haram' sudah muntah depan rumah pb. Selambak ditinggalkannya......pb pun keluar la kat depan tu dengan penyapu lidi dan berus lantai......huhu....exercise pepagi der! Kurang asam punya kucing, mesti kucing jantan ni.

Ok la, panjang pulak mukadimah pb, tak sengaja...hehe....ni mihun goreng kunyit yang pb buat hari Ahad lepas kalau tak silap. Tengok kat rumah sape hari tu, lupa pulak. Asyik makan benda yang sama, boring kan. Kasi tukar warna kuning pulak.



1/2 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang kecil, kasik pecah (hempok dgn parang)
Carrot - hiris memanjang
5/6 ekor udang segar
1 sudu besar tauco
1 biji telor
1/2 inci kunyit hidup
2 genggam taugeh
garam dan perasa (skrg selalu gantikan dgn gula je)
Mihun jangan lupa rendam dulu/curah air panas kejap

Caranya, tumis dan gorenglah seperti biasa. Ringkas kan?



nota pb: dah hampir 8 pagi, jom kita solat sunat dhuha
insyaallah hidup kita diberkati olehNYA....

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )

16 ulasan:

  1. Nampak lebih berseri sebab warna yg cantik dan mesti membuka selera yg makan.

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum kak zana...
    m'yelerakn sungguh sarapan pg kak zana hr ni...
    nengok gmbar je dh nmpak sedap..
    trus b'bunyi perut d'buat nye...

    BalasPadam
  3. KC tak pernah cuba. sedap tak rasa dia? nnt kc nak cuba lah.

    BalasPadam
  4. Wah...mihun grg kunyit? Nak kena try la mcm nie...sy tak nah mkn g mihun grg kunyit nie...

    Rajin akak masak.

    BalasPadam
  5. salam PB..

    menu ni memang selalu berlegar2 di rumah kita waktu pagi.. menu kegemaran anak2.. hehehe.. tp versi kita sempoi jer..

    BalasPadam
  6. meehoon camni klau ada sambal tumis ikan bilis mmg best.. klau malas sambal kicap pun tetap best jugak.. boleh tumpng sepinggan..

    BalasPadam
  7. assalamualaikum...slm kenal dr mama ye...sedapnya mee hoon goreng tu sedap klau dpt mkn ptg2 begini...:)

    BalasPadam
  8. nk sikit kak. sya tak reti nak goreng mihun.. tumpang makn sini leh? hehe

    BalasPadam
  9. @umi fatihah maisarah:
    Wslm...boleh tahan la, masak dr hati org kata..

    BalasPadam
  10. @Pok Amai-Amai:
    Akk pun, cuba la fara...tak pedas ni.

    BalasPadam
  11. @dZana:
    Kita mkn dgn sambal jugak, x sdp la takde smbal.

    BalasPadam
  12. @maszull:
    Kita dah lama kenal, mas lupa kot...hehe..

    BalasPadam
  13. @izahdaut:
    Tipulah tak pandai.....buat kek mcm2 jenis boleh, merendah diri eh?

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)