Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"
Kalau nak tau aktiviti pb hari2, asyik google resipi je tau. Tapi time nak komen kat blog kawan2 blogger memasak, kekadang tu tenet buat hal. Mana sempat komen, pb tinggal jejak. Mana tak sempat tu......minta maaf la ye. Bukan taknak dan bukan sibuk keterlaluan, cuma masalah intenet ni yang jadikan mood berblog walking jadi malas.
Bagaimana pun mana2 teman yang sudi jengah blog buruk ni, pb ucapkan terima kasih banyak2. Ok la.....selain dari resipi, apa lagi yang pb boleh tulis? Taknak la sentuh pasal negara, pasal politik, pasal mat rempit atau yang tiada kaitan dengan diri pb dan keluarga. Orang kata kalau nak menulis sesuatu, biarlah kita arif persoalannya. Nanti kena hamun kalau tersilap tulis.
Cerita pasal apam nasi ni, pb ambil resipi dari blog http://marshmallowlovecoklat.blogspot.com/ dan pb tak tau pula dari mana sumber resipi ni, samada dia punya atau orang lain. Pb cuba resipi apam ni dan boleh dikatakan menjadi. Cuma silap pb kot, nasi yang pb mesin tu agak keras (beras basmathi). Mungkin lebih sesuai guna nasi yang lembut. Pb kongsikan juga la resipi ni.......
APAM NASI
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1 cawan nasi sejuk
1 sudu kecil yis
1/2 biji kelapa parut yang putih (letak sedikit garam)
Caranya, kisar semua bahan dalam mesin. Biarkan seketika, perap sekejap.
Sapu sedikit minyak pada acuan apam.
Pb letak warna merah dan hijau.
Panaskan kukus dan cover penutup kukus dengan kain.
Kukus apam dengan api yang besar dalam 15 minit.
Setelah masak, angkat dan keluarkan dari acuan.
Letakkan kelapa parut di atasnya.
nota pb: kalau tak jadi, jangan cari pb ye....tapi insyaallah jadi.
wahh guna nasi? tak pernah jumpa. tgk mcm yummy je!
BalasPadamcantik menjadi merekahnya..saya buat kadang-kadang jadi,kadang-kadang tak jadi...hmm..
BalasPadam