my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ayam Panggang Halia

Selamat pagi dan selamat berhari minggu kawan2......

Semalam pb tengok wayang berdua, bajet nak romantik tapi hampeh. Hubby layan perasaan sendiri, pb pun dok concentrate cerita. Nanti pb ceritakan esok ye. Ni nak cerita pasal masak2 lagi. Ayam panggang halia dari Ummi Zaihadi yang di ambil resipinya dari Chef Hanieliza.

Ayam ni pb hidangkan bersama nasi mandhi, bukan nasi bukhari. Tak kisah la kan? janji masyuk!! Mintak izin copy kak ummi....


AYAM PANGGANG HALIA
sumber: Ummi Zaihadi


Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam (saiz sederhana)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia (kurangkan sebab ayam beberapa ketol je)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar lada hitam (pb letak sikit je)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (guna kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
 Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (ayam 4 ketol je...)
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (yang ni pb perap dari pagi sampai petang)
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).

Ayam panggang pb tak berapa garing sebab anak pb agak cerewet, nampak hitam2 sikit pun taknak makan. Bagaimanapun disebabkan dah perap lama, lebih sedap rasanya dan lembut pula.

Untuk mereka2 yang malas memasak pun sesuai cara masak begini, perap ayam sebelum pergi kerja, balik rumah dah boleh panggang sekejap.

14 ulasan:

  1. salam kak...mmg nmpk best sgt ayam tu, nnt liza pun nk try buat jugak la sbb bhn2 diapun senang jer kan...thnx yer kak

    BalasPadam
  2. sedapnya ayam panggang~

    hee...kat sabah tak pasti lak ade ke tak gula apong or gula melaka tu kak.. :D

    BalasPadam
  3. Nampak menyelerakan ayam tu. Tu la nape Syafiq kenalkan and follow blog akak ni. Suh banyak resepi best2..

    BalasPadam
  4. @Liza:
    W'slm liza, bhn semua yg biasa ada kt rumah

    BalasPadam
  5. @SarahSyafiq:
    Iye ke.....ala...ramai lg blog2 masak yg lebih mengancam.

    BalasPadam
  6. salam kak..
    amboii ayam gitew..wat org kecur nie..sedapnya kak..boleh amik resepi akk nie..nak buat jgk kt umah..:)thnks kak.

    BalasPadam
  7. salam kak... lamanya tak singgah umah akak ni... geram kemain nengok ayam tergolek tuh... curik kang baru tau.. hihi.... nih kita bwk roti utk akak... siannnn dier cicah sengsorang... meh kita temankan akak eh... kita plak tak menang tgn nak nak layan budak2 nih.. sorang nak cicah, sorang nak jem itu, sorang nak jem ini. bla bla bla... termasuk la baby tua! ngengada taw kak.. hahahaha

    BalasPadam
  8. Salam kak zana! oh! sgt sedap nmpk ayam halia akak, leh masuk list, kaler dia tu mengancam kita suke ayam yg kaler dia mcm gini ehehe...

    BalasPadam
  9. @zila 4ever:
    jgn salin je resipi tu, buat tau...org kata resipi ni pejam mata pun boleh buat..hehe.

    BalasPadam
  10. @hana:
    waalaikumussalam Hana, berjanggut tau tungu Hana dtg rmh akak...haha..gitulah perangai kalau dah ramai. akak yg dua org ni pun mencekik darah jgk tp saje je nak manja2 dgn bini dia.

    BalasPadam
  11. @ijayuji:
    Hai Ika, tak cukup2 lagi ke list kat rmh Ika tu? nak tambah lagi, kita pun godek blog dia..

    BalasPadam
  12. @IBU GEBU:
    dik, oven berkarat takpe lagi, jgn wayar putus kena gigit tikus...haaa..nak cucuk kt mana pulak bila nak guna oven.

    hehe...akak tau la bukan adik matgebu (tersedak mat nanti)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)