my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Nasi Mandhi

Assalammualaikum,
Malam tadi hujan kan? Apa yang pb tau boleh dikatakan semua kawasan hujan atau mendong. Sini pun sama, angin bertiup kuat hinggakan parking canvas jiran sebelah pun nak terbang dibuatnya. Nasib baik hubby cuti semalam. Boleh la tolong sebab suami jiran mengajar petang, isteri dia pula mengandung dan tak larat nak buka satu2 bendalah tu.

Ok, pb tak cerita panjang sebab tak sihat sangat ni, sakit pinggang pula. Mungkin sekarang pb dah tak boleh basuh baju dengan tangan, terbongkok-bongkok tu yang buat sakit  agaknya. Anak pb kata, ibu takyah la buat kerja, rihat je! Amboiiii...sape pula nak jadi tukang masak korang?

Nasi Mandhi ni pb pun tak tau nama sebenarnya, adakah nasi mandy? Pb tiru bulat2 dari blog kak ummi zaihadi. Pb minta izin copy paste resipi ye, bukan gambar tau. Pb tak pernah cilok gambar masakan kawan2, biasanya siap bagi link lagi. Jangan la ada yang berperangai macam pencuri seperti mana yang terjadi kat blog Ayu Singapore, habis di copy semua jadikan hak milik si pencuri.


NASI MANDHI
sumber : Kak Ummi,Puan Raidah, mamasya

Bahan:-
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.
Cara penyediaan:-
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.(yang ni tak buat, mana nak cekau arang)
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak. 
     
     Sedap nasi ni, pb makan bersama ayam panggang halia dan pajeri nenas yang pb lebihkan kuahnya.

10 ulasan:

  1. Hey Zana..salam kenal yah, Melly baru denger ttg nasi ini, macam nya sedap yah.. nyam..nyam..
    sama dengan kak Ayu, blog melly juga di copas sebanyak 129 entry dengan blogger maling itu.. hehe
    tapi melly dah report ,tengah tunggu reply dr team google.

    BalasPadam
  2. Huh.... kakak tengok gambar pun bagaikan terasa sedapnya Zana. Makan dengan pajeri nenas yg berkuah kakak pun suka - sedap kan:)

    BalasPadam
  3. @Melly Octaviana:
    Slm kenal Melly, lebih terok dari Ayu ye? Sabar ye..

    BalasPadam
  4. @Kakzakie:
    Haha..buat la kakzakie, senang je tu...

    BalasPadam
  5. baru dengar gak ni nama nasi ni..tapi ada sikit iras2 nasi ayam..cuma tak buh ayam je...bolehlah cuba..

    BalasPadam
  6. Aah eh? Try msk sendiri lagi best kan kak? Sy tak nah mkn nasi arab nie.

    BalasPadam
  7. salam kak zana.
    ada lagi x nasi nie?..nampak mcm susah jew nk buat kak.:)mmg nk mencuba jgk kak sbb asik mkn nasi putih jew kt umah..rasa nk buat kelainan jgk la..:)

    BalasPadam
  8. @ummiarissa:
    Iye..lebih kurang nasi ayam, cuma ni ltk kaler n kismis.

    BalasPadam
  9. @Pok Amai-Amai:
    Akk pun baru sekali buat sb ada minyak sapi kt rmh.

    BalasPadam
  10. @zila 4ever:
    Tak susah pun, nasi bariani lg susah tau..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)