my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Puding Karamel Bercoklat

Salam sejahtera di pagi Jumaat yang mulia. Kaum lelaki jangan skip sembahyang jumaat ye......kaum perempuan pula boleh la balik rumah kejap kalau dekat time rehat tu. Pergi ambil anak balik sekolah tu, hati2 bawa kereta. Penyamun bersepah sana sini, jaga handbag, jaga anak, tengok kiri kanan kalau nak membelok. Kalau tak sempat masak di rumah, beli je kat kedai tapi pastikan makanan tu bersih, yang penting halal.

Pb nak tayang puding ni daripada hari tu lagi tapi tak nyempat je. Saje main masak2 kat dapor sorang2 (org main masak2 ramai....) Buat separuh adunan daripada resipi asal dan namanya Puding karamel lapis coklat tapi pb mandai2 je tukar 'bercoklat' tu. Takpe la kan....pb jalan blog Ijan Blogresipi dan terus ambil resipi ni yang dah ramai mencubanya. Minta izin copy ye....


Resipi Puding Karamel Lapis Coklat
  • Bahan A
  • 1 tin susu cair (375 ml)
  • 5 s/b gula
  • 3 biji telur A
  • 1 s/k esen vanilla
  • Bahan B
  • 1 tin susu cair
  • 5 s/b gula
  • 3 biji telur A
  • 4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes
  • Bahan C
  • 2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu
  1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
  2. Panaskan periuk kukusan-
  3. Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
  4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
  5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
  6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
  7. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan
  8. Potong dan hidangkan.

Kita punya puding tak cantik sebab buat separuh je. Acuan pun kecik sangat.  Separuh adunan tu maksudnya pb guna 1 tin susu cair sahaja dan 3 biji telor.


tengok la, sememeh je....takpe lain kali boleh cuba lagi, ni saje simpan resipi dalam blog, senang nak refer kalau balik kampong ke....

7 ulasan:

  1. Yg sememh itu lah yg sedap sebab air gula dia zana. Kakak macam teringinlah nak buat (Emmm... entah bilalah agaknya)...

    BalasPadam
  2. karamel yang sedap :)

    kak pb, okey je nk follow twitter saye... saye mengalu-alukan :)

    BalasPadam
  3. walaupun rupamu tak cantik, tp tetap menjadi poooojaaaan hatiku....ekekekekke

    BalasPadam
  4. takpe Kak Zana, yg penting sedap! Tambah lagilah rasa coklat..

    BalasPadam
  5. memang sedap klu mkn sejuk ni..:)

    BalasPadam
  6. Uish...nmpk mcm remeh je kak buat puding nie. Tp rs die mst mengancam tu...

    BalasPadam
  7. assalam kak zana, nampak sedap sgt dan comelx2 jer kek ni..saya belum buat lagi.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)