my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Spageti Goreng ala mamak (mamak jgn marah tau)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

First sekali nak mintak mahap la kat abang-abang mamak yang terasa ye. Bukan la nak mencemar nama mereka, tapi nak bagi kredit (sape yg suka je) dengan mee goreng mamak. Pb buat ni nampak je macam mee goreng mamak, sebenarnya takdelah sebiji macam masakan dia orang.

Pb goreng spageti ni semalam petang untuk makan kami berdua. Anak takde kat rumah dua hari ni, kiranya kami 'honeymoon' kat teratak pondokburuk ni je.....nak cuti jauh2, bajet lari sebab kereta manjang je nak 'paw' duit hubby. Tak repair kang.....merajuk pulak, kita jugak yang susah.





Ok la, resipi ni simple je. Pb tengok hari tu kat rumah sape tah goreng spageti ni tapi ala kampong. Pb buat ala mamak pulak ye.....

SPAGETI GORENG ALA MAMAK

Spageti di rebus hingga lembut (utk makan 2 org, segenggam pun dah banyak)
1 keping tauhu di goreng
1 keping burger ayam di potong dadu
1 ulas bawang putih, hiris
1 biji bawang besar, hiris (setengah biji pun ok)
2 sudu besar cili kering yang dah kisar
Kicap (ikut suka)
sedikit sos tomato
sedikit lada hitam serbok
1 biji telor
sedikit minyak
garam

Cara menggoreng seperti biasa la ye. Tumiskan bawang, cili kisar dan masukkan rencah ayam/udang.
Masukkan kicap dan sos. Kalau kering, letakkan air sedikit. Jangan banyak, nanti lembik pula spageti tu.
Ada orang goreng mee/spageti letak telor kemudian tapi pb letak telor dahulu dan semua bahan baru masukkan spageti. Jangan lupa tauhu goreng tu.
Pb tak letak sayur sebab takde kat rumah. Kalau letak lagi sedap.
Kemudian pb gorengkan telor mata kerbau dan hiriskan timun sebagai ganti sayur.



Lebih sedap dari mee kuning, cubalah!

12 ulasan:

  1. sedap better than mee!!!

    BalasPadam
  2. kalau dah sedap lebih dari mee.. maknanya mmg kena cubalah ni

    BalasPadam
  3. wahhhh.. nampak sedaplah pb... mesti lah lebih sedap dari mee sebab spagetti harga pun lebih mahal dari mee.. hehehe...

    BalasPadam
  4. mesti kalau ada mamak yg baca blog ni senyum sumbing sebab dpt kredit dari PB..
    baru cadang2 nk masak mcm PB petang ni...

    BalasPadam
  5. Klu msk mee, sy selalu gantikan dgn spageti. Mkn mee kari pun gune spageti sbb sy kurang gemar mee. Cpt muak.

    Sdpnye tgk spageti grg akak tu...

    BalasPadam
  6. @POSH76:
    Posh.....lama tak nmpk? Akk pun jarang ada msa bw.

    BalasPadam
  7. @Ucu Faridah:
    Hehe.....ucu ni, mamak takde masa baca blog pun.

    BalasPadam
  8. @Pok Amai-Amai:
    Akk skrg ni kurang suka mee, muak pun ye jugak

    BalasPadam
  9. wah....nampak cam menarik. serius tak pernah makan lagi spageti goreng nih. pertama kali baru tengok gambar... apatah lagi depan mata

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)