Nak lepak kat restoran mulanya, orang ramai sangat. Kat sini ada satu je restoran. Pelik juga kenapa ada satu je....sedangkan orang ramai betul. Pb tak snap gambar sebab dah selalu sangat datang sini. Dalam menunggu pelanggan kurang sikit kat situ, mata kami asyik memandang satu pasangan pengantin yang baru sampai untuk shoot outdoor. Dengan baju pengantinnya yang meleret2, pb tak tau Melayu ke Cina. Orang Sabah ni susah sikit nak menekanya.
Dalam hati berkata-kata, aku dulu takde macam mereka ni. Dulu-dulu lepas sanding, turun jumpa famili, salam-salam, borak-borak sampai petang, tetamu dah balik kita pun bukalah uniform pinjam raja sehari tu. Terus ke dapur, cuci periok belanga. Kemas sekitar pelamin yang penuh dengan sampah gula-gula, nasi berterabur sana sini.
Zaman ni, sebelum bersanding dah ada buat sesi pra perkahwinan. Biasanya artis....tapi dah melarat pula. Pb rasa macam tak elok la begitu. Kalau lepas sanding, nikah, ok la....dah halal sukahati mak bapak la nak pegang ke, nak dukung ke kan? Di buatnya takde jodoh lepas fotografi sebelum nikah tu, kan ke pedih nak menghadapinya. Tapi....siapa kita untuk menghalang kehendak masing-masing.
Pb nak kongsi sikit pasal benda ni. Masa kahwin anak saudara pb dulu (tahun lepas) mereka ada juga photoshoot kat luar, kat mana tah......cantik gambar-gambar mereka ni. Mereka berfoto selepas nikah dan sanding, petang tu... patut la pb tengok pengantin kena kidnap, rupanya ada agenda kat luar.
Cute je gambar mereka ni.....
Anak saudara pb yang lelaki tu, agak pemalu orangnya..
Pb dapat siarkan 2 keping ni je. Kalau ada yang berkenan dengan jurufoto ni, boleh la add dia di facebook....http://www.facebook.com/chintaphotoworks, ok orangnya, boleh bertolak ansur. Boleh juga message pb kat fb, nanti pb kontek dengan anak saudara.
nota pb: entry ni bukan sebab jeles tak dapat berfoto seperti mereka tau!
kenangan indah di Tanjung Aru..dulu akak tinggal di Tambunan Sabah..seronok duk sana...
BalasPadamye lah kak..sekarang ramai pengantin buat camtu,lepas bergambar kat dalam rumah g pulak kat luar rumah(jauh lak tu)..tapi yang tak bestnya,waktu tetamu tengah ramai...ada yang tak dapat jumpa pengantin..tak baiklah camtu..
BalasPadam@Cik Tie@Akak:
BalasPadamOh ye? Tambunan kita belum jejak lg..
@ummiarissa:
BalasPadamTakut anak2 kita pun sama mcm tu.....nak dilarang, duit mereka yg keluar.
Salam Kak Zana,
BalasPadamCantiknye gambar outdoor pengantin. Baju pun lawa :)
Kak, terima kasih atas doa buat arwah nenek saya ya. Semoga doa kita dimakbulkan hendaknya. Amin.
dah jadi trend zana.apa yg artis buat jadi ikutan.yg jadi artis satu hal..jadilah ikon kearah kebaikan..
BalasPadamHihihi...eh gelak dulu pula..
BalasPadamAssallamualaikum kak Zana..
Tergelak sebab baca ayat terakhir / nota pb tu kat entry ni...kih..kih..kih...Tak de sapa pun nak cakap akak jeles..heheehe
tq ye kak atas komen akak kat entry terakhir naz sblm ni...